Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Rajagobal mempunyai tempoh genap sebulan selepas sepak mula Liga Malaysia pada 5 Januari ini untuk menilai barisan pemain terbaik negara sebelum memulakan kempen kelayakan bertemu Qatar di Doha pada 6 Februari.
Namun Rajagobal boleh bergabung dengan Kim Swee dalam soal memilih pemain di mana pengendali Harimau Muda itu terbukti lebih mengenali anak buahnya serta pemain muda lain dalam liga.
Malah, masalah mendapatkan perlawanan persahabatan berkualiti juga mampu diselesaikan Rajagobal memandangkan Harimau Muda A ketika ini berada pada tahap kecergasan terbaik sejak kembali berkumpul 3 Disember lalu.
"Keputusan ujian kecergasan dan kepantasan yang dilakukan dua hari lepas bersama Institut Sukan Negara (ISN) menunjukkan pemain berada dalam tahap yang memuaskan," kata Kim Swee dalam laman Twitter rasmi Harimau Muda, @OKS_HARIMAUMUDA semalam.
Perlawanan persahabatan antara dua pasukan terbaik di bawah bumbung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu bukan saja mampu meningkatkan prestasi kedua-dua skuad negara itu, tetapi turut mampu menyembunyikan kekuatan barisan pemain kebangsaan daripada pihak lawan.
Rajagobal juga bukan sekadar mampu menilai pemain pilihannya, tetapi pada masa sama melihat pemain Harimau Muda lain yang layak diberi peluang berlatih pada peringkat lebih tinggi bersama Harimau Malaya.
Anda sedang membaca artikel tentang
Gabung ‘2 tenaga’
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/12/gabung-tenaga.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Gabung ‘2 tenaga’
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar