Kuala Lumpur Bukan semata-mata mengharapkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri, Harimau Malaya tekad turun dengan kekuatan sebenar berdepan Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Sentuhan Safee-Mat Yo
Namun kredibiliti Malaysia selaku juara bertahan tidak harus diperlekeh dengan gandingan penyerang, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yo hanya menunggu masa untuk menemui sentuhan berbisa.
Hantaran lintang oleh Azammuddin Akil yang dibantu Mahalli Jasuli di sebelah kanan, serta sayap kiri sama ada S Kunanlan atau Baddrol Bakhtiar mampu menghadirkan jaringan manakala
sepakan percuma kapten, Safiq Rahim pasti menjadi senjata tambahan.
Inilah masa terbaik untuk Harimau Malaya meleburkan rekod lapan tahun tanpa menang ke atas Thailand di peringkat senior selepas kali terakhir pada peringkat kumpulan Piala Tiger 2004 di Bukit Jalil, kemenangan 2-1 hasil dua jaringan Khalid Jamlus.
Semangat, mental kuat
Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal berkeyakinan tinggi anak-anak buahnya mampu mengejutkan Gajah Perang, sekali gus memperoleh bekalan selesa ke aksi separuh akhir kedua di Bangkok, Khamis ini.
"Jangan gentar. Saya mahu pemain 'menikmati' perlawanan ini secara maksimum. Senario kita tewas kepada Singapura, kemudian bangkit menewaskan Laos dan Indonesia membuatkan saya kagum dengan pemain kerana memiliki karakter mental cukup tinggi. Saya mahu mereka mengulanginya.
Perlu keputusan positif
"Saya yakin pemain mampu mempamerkan persembahan baik dan menghiburkan puluhan ribu penyokong. Kami perlukan keputusan positif pada perlawanan pertama ini," kata Rajagobal pada sidang media pra-perlawanan, semalam.
Untuk laporan lanjut kemeriahan separuh akhir 1, Piala Suzuki AFF 2012, dapatkan naskhah BH Ahad hari ini
Anda sedang membaca artikel tentang
'Leburkan Gajah Perang'
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/12/leburkan-gajah-perang.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
'Leburkan Gajah Perang'
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar