Singapura, Thailand buru kejuaraan ke-4

Written By Unknown on Rabu, 19 Desember 2012 | 15.23

Pertembungan Teerasil, Shahril bakal jadi tumpuan

Singapura: Singapura dan Thailand bakal bersaing merebut gelaran juara empat kali Asia Tenggara buat pertama kali pada pertembungan final pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Jalan Besar, malam ini.

Kedua-dua pasukan sudah memegang gelaran berkenaan tiga kali, semuanya dalam tempoh enam edisi pertama kejohanan, dan kali ini akan bertemu dalam dua pertemuan final selepas masing-masing gagal mara ke separuh akhir dua tahun lalu.

Namun dua tahun selepas kempen mengecewakan itu, keduanya kembali kepada reputasi asal apabila mara ke separuh akhir dengan menjuarai kumpulan masing-masing, dan melepasi halangan sukar peringkat kalah mati itu untuk berada di pentas final.

Thailand menempah tiket final dengan cemerlang apabila menang semua perlawanan peringkat kumpulan menentang Filipina, Myanmar dan Vietnam sebelum mengetepikan juara bertahan, Malaysia 3-1 secara agregat pada separuh akhir.

Final yang dijangka hebat

Gajah Perang gagal mengulangi kejuaraan sejak 10 tahun lalu tetapi skuad kendalian Winfried Schafer kali ini muncul pilihan juara selepas meledak 12 gol dalam lima perlawanan dan penyerangnya, Teerasil Dangda mendahului senarai penjaring dengan lima gol.

Singapura pula mempertaruhkan impiannya kepada skuad yang diketuai kapten Shahril Ishak - mengekori rapat Teerasil dengan empat gol - dan penyerang veteran, Aleksander Duric, 42, yang bakal bersara selepas kejohanan ini.
"Seperti kami, Thailand mempunyai gabungan pemain muda dan berpengalaman dan saya rasa final kali ini pasti hebat dengan dua pasukan terbaik bersaing merebut trofi paling berprestij Asia Tenggara," kata Duric. - AFP


Anda sedang membaca artikel tentang

Singapura, Thailand buru kejuaraan ke-4

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/12/singapura-thailand-buru-kejuaraan-ke-4.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Singapura, Thailand buru kejuaraan ke-4

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Singapura, Thailand buru kejuaraan ke-4

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger