'Saya mahu ledak gol'

Written By Unknown on Jumat, 07 Desember 2012 | 15.23

Petaling Jaya: Keinginan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo untuk menjaringkan gol pada separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF menentang Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini tetap tinggi walaupun berdepan masalah kemarau gol.

Untuk aksi itu nanti, Norshahrul mungkin berpeluang menamatkan kemarau berkenaan andai diturunkan sebagai penyerang utama sekiranya Safee Sali tidak dapat beraksi, Ahad ini.

Saya harap Safee boleh beraksi kerana kami perlukan seorang penyerang utama tulen. Memang saya lebih selesa sebagai penyerang kedua, tapi jika diletakkan jurulatih sebagai penyerang utama, saya akan cuba menjaringkan gol.

Sama seperti ketika final Piala Malaysia (20 Oktober lalu) apabila Mohammed Ghaddar tidak beraksi, semua bebanan diletakkan di bahu saya dan automatik saya lebih bersemangat lalu menyumbang dua gol untuk Kelantan menewaskan Tentera 3-2.

Jadi saya yakin mampu menamatkan kemarau gol, Ahad ini, kata bakal penyerang Johor musim depan yang kini berasa lebih bertanggungjawab andai Safee tidak dapat diturunkan pada pertemuan separuh akhir pertama itu untuk merobek gawang Thailand.

Norshahrul ketika ditemui selepas latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam, gagal meledak sebarang gol sepanjang tiga aksi Kumpulan B, minggu lalu bagaimanapun seakan mula menemui sentuhan apabila menjaringkan gol pertama skuad kebangsaan ketika menewaskan Polis 5-0 pada aksi pemanas badan, malam kelmarin.

Semua aspek rasanya saya sudah dapat menemui rentak, cuma sentuhan penyudah masih perlu dipertingkatkan lagi. Tiga aksi kumpulan, saya beraksi sebagai penyerang kedua dan perlu beri fokus seimbang ketika pasukan menyerang dan juga bertahan, jelas Norshahrul yang dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (Liga M) 2012.


Anda sedang membaca artikel tentang

'Saya mahu ledak gol'

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/12/saya-mahu-ledak-gol.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

'Saya mahu ledak gol'

namun jangan lupa untuk meletakkan link

'Saya mahu ledak gol'

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger