Saingan empat penjuru uji Harimau Selatan

Written By Unknown on Senin, 24 Desember 2012 | 15.23

Johor Bahru: Sejauh mana persiapan kelab Johor Darul Takzim yang dilabel pasukan 'termahal' dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) menghadapi kempen musim depan bakal diuji apabila beraksi pada saingan empat penjuru kalah mati di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin selama dua hari bermula, Rabu ini.

Turut beraksi pada saingan yang julung kali itu ialah pasukan Pahang, Johor dan kelab dari Liga Singapura (Liga S), Woodlands Wellington dan pastinya ketua jurulatih skuad yang bergelar Harimau Selatan, Fandi Ahmad (gambar) mahu menggunakan peluang itu menyiapkan skuadnya pada fasa akhir.

Katanya, Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali, Aidil Zafuan Abd Radzak, Safiq Rahim dan Azmi Muslim akan menyertai latihan bermula hari ini selepas diberi cuti seminggu dan tidak timbul masalah latihan kerana tempoh tiga hari sudah memadai buat kelima-lima pemain itu menyesuaikan diri bagi mengharungi saingan empat penjuru itu.

"Mereka semua akan jalani latihan pertama bermula esok (hari ini) dan saya sudah sediakan program untuk kelima-lima pemain itu. Saya yakin dalam tempoh singkat mereka dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan yang saya terapkan.

"Apapun kita tengok nanti ketika saingan empat penjuru itu dan saya mungkin merancang tidak meletakkan mereka dalam kesebelasan utama secara sekali gus sebaliknya lebih baik jika dimasukkan pada perlawanan itu selaku pemain gantian bagi mendapat kesesuaian dengan rentak permainan.

"Kita akan menentang Woodlands Wellington manakala Pahang akan menentang Johor dan pemenang dalam perlawanan itu akan bertemu pada aksi final. Saya berharap kita mampu muncul juara sebagai tonik menghadapi kempen saingan Liga Super yang bermula kurang dari dua minggu lagi," katanya.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) turut merancang mengadakan majlis pelancaran skuad Johor Darul Takzim dan Johor di Plaza Angsana, 29 Disember dan ia dilihat sebagai langkah PBNJ menghangatkan lagi kempen Liga M tatkala sudah berbelanja besar bagi mendapatkan pemain berstatus bintang.
"Saya akui tugas musim depan amat getir namun saya rasa bertuah sebagai jurulatih, akhirnya impian mendapatkan pemain ternama yang akan membarisi Johor Darul Takzim termakbul dan ia hasil usaha Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu bola sepak di Johor dipertingkatkan," kata Fandi.


Anda sedang membaca artikel tentang

Saingan empat penjuru uji Harimau Selatan

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/12/saingan-empat-penjuru-uji-harimau.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Saingan empat penjuru uji Harimau Selatan

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Saingan empat penjuru uji Harimau Selatan

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger