100 tiket ke Bangkok sudah terjual

Written By Unknown on Rabu, 12 Desember 2012 | 15.23

Putrajaya: Lebih 100 tiket penerbangan khas AirAsia bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF antara Harimau Malaya dan Thailand di Bangkok, malam esok, sudah dijual.

Pakej penerbangan bernilai RM500 itu adalah hasil kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Air Asia, membabit kos penerbangan pergi balik, urusan pengangkutan ke Stadium Supachalasai, bagasi tujuh kilogram seorang serta makan dan minum dalam pesawat bagi penerbangan pulang.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata inisiatif membawa penyokong Harimau Malaya ke Bangkok adalah aspek baru dalam KBS bagi memberi tumpuan kepada pengurusan penyokong, selain pembangunan dan pembinaan kemahiran atlet.

"Sukan tanpa penyokong tidak bererti dan dalam suasana sukan di negara ini dengan kumpulan peminat yang besar, penaja akan datang kerana ia mampu menjana perniagaan selain atlet mendapat bayaran yang lebih baik," katanya semalam.

Selain itu, kata Shabery, beliau yakin Harimau Malaya akan menewaskan Thailand, malam esok kerana berdasarkan perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu, pasukan negara berjaya memecahkan tembok psikologi yang selama ini menganggap benteng pertahanan Thailand sukar ditembusi.

Sementara itu, jurucakap Unit Komunikasi Korporat KBS, berkata mereka yang berminat untuk menempah pakej berkenaan boleh menghubungi Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Nik Mohd Fitra Wan Jaafar di talian 03-88713629.


Anda sedang membaca artikel tentang

100 tiket ke Bangkok sudah terjual

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/12/100-tiket-ke-bangkok-sudah-terjual.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

100 tiket ke Bangkok sudah terjual

namun jangan lupa untuk meletakkan link

100 tiket ke Bangkok sudah terjual

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger