Kebimbangan peminat bahawa Perak terpaksa membuat pemilihan secara 'tangkap muat' seperti musim lalu bagaikan berulang apabila masih gagal menyelesaikan isu pemain import musim ini.
Setakat ini Perak baru menemui seorang pemain import apabila mengikat pemain Brazil, Rafael Souza Silva Novais dalam usaha memperkukuhkan benteng Seladang.
PAFA masih menunggu jawapan daripada penyerang West Ham United, John Carew dan pada masa sama sedang menguji penyerang dari Liga Vietnam, Dickson Nwakaeme dari Nigeria.
Novais yang mempunyai ketinggian 1.98m mewakili Palmeiras dari 2007 hingga 2009 sebelum menyertai Rio Branco pada 2010 dalam liga negara asalnya.
Pemain itu yang sering menggunakan ketinggiannya untuk menjaringkan gol dari 'set piece' serta sepakan sudut kemudian menyertai dua pasukan Liga Thailand (Liga T), Buriram PEA selama semusim dan kemudian Bangkok Glass awal tahun ini.
"Jangan jadi macam tahun lalu sudahlah apabila terpaksa mengambil pemain secara tangkap muat kerana terdesak.
"Kesudahannya Perak yang rugi dan terpaksa mencari pengganti," kata seorang peminat yang enggan namanya disiarkan.
Dalam perkembangan lain, Nwakaeme, 26, berpeluang menunjukkan kemampuan sebenarnya apabila diuji dalam perlawanan persahabatan menentang pencabar lebih kuat malam esok.
Penyerang kelab Song Lam Nghe An FC dari Liga Vietnam itu menyertai latihan Perak, Selasa lalu tetapi ketiadaan ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor menyebabkan pemain itu tidak dapat diuji sepenuhnya.
Dengan kedatangan Carew diselubungi ketidakpastian, Azraai kini bergelut dengan masa kerana tarikh pendaftaran sudah semakin hampir dan terpaksa membuat keputusan sama ada mengambil Nwakaeme atau mencari calon lain.
Anda sedang membaca artikel tentang
Azraai terdesak pilih import
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/12/azraai-terdesak-pilih-import.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Azraai terdesak pilih import
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar