Man United bangkit dramatik babak kedua kutip mata penuh
Manchester: Dua tandukan Javier Hernandez membantu Manchester United bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Braga 3-2 pada aksi Kumpulan H di Old Trafford, awal pagi semalam, seterusnya semakin cerah ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.
Braga mengejutkan tuan rumah menerusi dua gol awal Alan pada minit kedua dan ke-20 sebelum Hernandez merapatkan kedudukan pada minit ke-25 dan Jonny Evans kemudian menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-62.Hernandez sekali lagi melakukan tandukan menarik untuk gol kedua peribadi dan gol kemenangan United ketika permainan berbaki 15 minit.
"Dia (Hernandez) bertambah baik dari semasa ke semasa. Dia berlatih bersungguh-sungguh dan mempunyai semangat cukup tinggi. Dia membuatkan saya perlu berfikir semula kerana mempunyai dia, Wayne Rooney, Robin van Persie dan Danny Welbeck di bahagian serangan," ujar pengurus United, Alex Ferguson.
Ferdinand dan Evra untuk lawan Chelsea
United yang hanya tewas sekali dalam 37 aksi Liga Juara-Juara di laman sendiri kini mengumpul sembilan mata maksimum selepas tiga perlawanan untuk berada di tangga teratas kumpulan sambil diekori CFR Cluj dengan empat mata selepas seri 1-1 dengan Galatasaray.
Biarpun ketinggalan dua gol, Ferguson tidak menyesal dengan tindakannya merehatkan dua tonggak pertahanan, Rio Ferdinand dan Patrice Evra yang mahu disimpan untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Chelsea, Ahad ini. - Reuters
Anda sedang membaca artikel tentang
Bisa tandukan Chicharito
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/10/bisa-tandukan-chicharito.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Bisa tandukan Chicharito
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar