Pengumuman itu dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob selepas Mesyuarat EXCO, semalam.
"Kerajaan Kelantan mengambil kira kesungguhan pemain dalam memastikan kejayaan pasukan negeri itu dan hadiah ini adalah kali kedua kita memilih untuk memberi pemain menunaikan umrah.Jamuan rakyat bulan depan
"Bagi pemain yang bukan beragama Islam, mereka akan diberi ganjaran wang tunai," katanya sambil menambah pemain akan menunaikan umrah, tahun depan.
Ini adalah kali kedua kerajaan negeri memberi ganjaran dalam bentuk mengerjakan umrah selepas 2010 apabila TRW memenangi Piala Malaysia buat kali pertama.
Ahmad berkata, kerajaan negeri juga bersetuju mengadakan jamuan rakyat sebagai tanda kesyukuran pada 3 November ini di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV sempena kejayaan TRW merangkul Piala Malaysia.
"Kami harap peminat dan rakyat Kelantan dapat hadir untuk menikmati jamuan rakyat yang akan diadakan di perkarangan stadium dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang," katanya.
Beliau berkata, pemain dan pihak pengurusan juga akan menemui Sultan Kelantan tetapi tarikh belum ditetapkan lagi. KAFA sebelum ini mengumumkan ganjaran lot tanah bernilai antara RM60,000 hingga RM80,000 kepada setiap pemain selepas memenangi Piala Malaysia.
Anda sedang membaca artikel tentang
Pemain TRW dapat pergi umrah
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/10/pemain-trw-dapat-pergi-umrah.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Pemain TRW dapat pergi umrah
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar