Kuala Lumpur: Beregu campuran negara yang juga pasangan nombor lima dunia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dipaksa bermandi peluh sebelum menang 15-21, 21-17, 21-15 ke atas wakil Belanda, Anders Kristiansen-Julie Houmann untuk mara ke pusingan kedua badminton Terbuka Denmark, semalam.
Wakil negara dalam acara perseorangan, Tan Chun Seang mendapat kemenangan percuma selepas lawannya, Tommy Sugiarto dari Indonesia menarik diri.
Pada set pertama, pasangan negara itu seperti lambat panas dan gagal mendapat rentak apabila tidak berupaya memberi saingan kepada pihak lawan sehingga tewas 15-21 sebelum bangkit mencatat kemenangan 21-17 di set kedua.
Kemenangan itu jelas membangkitkan semangat Peng Soon-Liu Ying untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua apabila menang 21-15 di set penentuan. Mereka akan bertemu wakil tuan rumah, Anders Kristiansen-Julie Houmann, hari ini yang menewaskan pasangan New Zealand, Kevin Dennerly-Minturn-Oliver Leydon-Davis di pusingan pertama, kelmarin.Wakil negara dalam acara perseorangan, Tan Chun Seang mendapat kemenangan percuma selepas lawannya, Tommy Sugiarto dari Indonesia menarik diri.
Dia kini akan menentang sama ada Chong Wei Feng atau Simon Santoso yang turun beraksi awal pagi tadi.
Anda sedang membaca artikel tentang
Beregu negara mandi peluh
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/10/beregu-negara-mandi-peluh.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Beregu negara mandi peluh
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar