Kirkland yang dibolosi gol penyamaan minit ke-77 ketika Leeds bangkit untuk seri 1-1 dalam pertemuan tetangga Yorkshire di Hillsborough, diserang seorang peminat yang tiba-tiba muncul dari sebelah penyokong Leeds dan menumbuk muka penjaga gol berusia 31 tahun itu.
"Saya merasa malu menjadi pengurus apabila melihat insiden berkenaan. Bagi saya ia amat memalukan," kata pengendali Leeds, Neil Warnock. "Mereka harus tangkap lelaki itu, dakwa dan sumbat dalam penjara."Selain insiden berkenaan, perlawanan itu turut dicemari insiden keganasan penonton apabila penyokong membaling botol ke dalam padang, manakala pengendali Wednesday, Dave Jone diejek atas dakwaan jenayah digugurkan pada 2000.
"Mereka seperti binatang," kata Jones yang turut menyelar Warnock dan pemain Leeds kerana menunjukkan penghargaan kepada penyokong lawan selepas perlawanan. - AP
Anda sedang membaca artikel tentang
Kirkland rebah ditumbuk penyokong Leeds
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/10/kirkland-rebah-ditumbuk-penyokong-leeds.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Kirkland rebah ditumbuk penyokong Leeds
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Kirkland rebah ditumbuk penyokong Leeds
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar