London: Rio dan Anton Ferdinand sedia menyokong penuh kempen anti-perkauman "Kick It Out" dengan menyarung baju dikeluarkan kumpulan itu pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kelab masing-masing.
Penyerang Reading, Jason Roberts mendedahkan Khamis lalu yang dia enggan memakai baju berkenaan - yang diberi kepada semua pemain EPL bagi mendedahkan keburukan perkauman - kerana percaya kumpulan berkenaan tidak bersungguh-sungguh memastikan hukuman lebih berat untuk John Terry.Pertahanan Chelsea, Terry memulakan penggantungan empat perlawanan minggu ini selepas didapati bersalah menghina pemain QPR, Anton, walaupun sebelum ini terlepas atas dakwaan sama di mahkamah.
Ferguson, Wenger sokong
Walaupun Roberts menyeru pemain berkulit hitam lain supaya tidak menyokong kempen berkenaan, pertahanan United, Rio dan adiknya Anton akan menyarung baju berkenaan, menurut pengurus masing-masing.
"Itu pemahaman saya, saya tidak diberitahu sebaliknya," kata pengendali QPR, Mark Hughes. "Saya jangkakan setiap orang akan memakai baju T berkenaan."
Pengendali United, Alex Ferguson berkata, setiap pemain harus menyokong kempen berkenaan. "Saya tidak bersetuju dengan Jason Roberts. Saya rasa dia membuat kenyataan yang silap. Setiap orang harus bersatu, saya tidak pasti apa yang cuba diperkatakannya."
Bagi pengendali Arsenal, Arsene Wenger yang sering menjadi sasaran penghinaan, setiap jenis ejekan perlu dihapuskan. "Ia bukan saja perkauman, hitam atau putih, tetapi apa saja penghinaan yang dilaungkan di dalam stadium." - AFP
Anda sedang membaca artikel tentang
Rio, Anton sokong kempen
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/10/rio-anton-sokong-kempen.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Rio, Anton sokong kempen
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar