Selepas tewas dua kali dalam tujuh aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, United sedar mereka perlu meminimumkan kesilapan mudah supaya apa yang berlaku ketika bertemu Tottenham itu tidak berulang.
Lantas, Nani mengingatkan rakan-rakan sepasukan bahawa biarpun Stoke baru menang sekali musim ini, lawan itu juga baru tewas sekali itupun dengan pendahulu liga, Chelsea 1-0 manakala selebihnya mencatat lima seri.Smalling perkukuh bentengIa juga menjadi susah kerana kebanyakan aksi permainan nanti ialah perebutan bola di udara" - Nani, Pemain sayap MU
"Ia sentiasa sukar apabila berdepan Stoke kerana mereka menggunakan corak permainan berbeza berbanding kebanyakan pasukan lain di EPL.
"Mereka cukup fizikal dan memiliki pemain yang kuat. Ia juga menjadi susah kerana kebanyakan aksi permainan nanti ialah perebutan bola di udara. Kami perlu kuat dan cuba main corak permainan biasa.
"Kami beraksi di laman sendiri dan kami perlu yakin untuk mendapatkan tiga mata penuh. Ia cukup penting kerana apabila kamu beraksi di tempat sendiri, kamu berpeluang besar meraih kemenangan," kata Nani.
United bakal terus turun tanpa kapten, Nemanja Vidic dan Phil Jones yang cedera lutut, namun Chris Smalling mungkin kembali memperkukuhkan benteng pertahanan selepas pulih daripada kecederaan. - AFP
Anda sedang membaca artikel tentang
Nani sedia rempuh halangan Stoke
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/10/nani-sedia-rempuh-halangan-stoke.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Nani sedia rempuh halangan Stoke
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Nani sedia rempuh halangan Stoke
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar