Bekas beregu kedua negara itu bergandingan semula sejak keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Ogos 2011 - tetapi sepanjang tempoh itu, mereka seolah-olah hilang sentuhan, sering kali terkandas di pusingan awal dan gagal ke final.
Semalam, beregu lelaki profesional di bawah naungan Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) itu menewaskan beregu Indonesia, Angga Pratama dan Ryan Agung Saputra dengan kemenangan staright set, 21-12 21-14.Kejayaan itu membolehkan pasangan ranking ke-27 dunia berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai AS$15,800 (RM47,400) manakala lawan mereka menerima AS$7,600 (RM22,800).
Zakry - Fairuzizuan pernah bernaung di bawah BAM selama 15 tahun sebelum membuat keputusan untuk bersama KLRC dan memulakan aksi kemunculan semula pada kedudukan ranking ke-320 dunia sebelum meningkat ke ranking 30 terbaik dunia.
Sepanjang tempoh itu, mereka terus kemarau kejuaraan dan peluang terbaik hadir ketika melangkah ke final Terbuka Thailand, Jun lalu tetapi tewas kepada pasangan China Xiaolong Liu dan Zihan Qiu, 21-18 21-19.
Mereka tewas di pusingan ketiga kepada beregu utama negara, Koo Kien Keat Koo dan Tan Boon Heong di Terbuka Indonesia pada akhir bulan sama dengan keputusan 21-17 21-14.
Pada 2011, mereka layak ke suku akhir All England tetapi akur dengan kehebatan pilihan utama dari Denmark, Mathias Boe dan Carsten Mogensen, 21-19 21-18.
Dalam final semalam, pasangan dilihat kembali mempamerkan aksi berbisa dan tidak menghadapi banyak masalah menumpaskan lawan yang juga pilihan pertama kejohanan dalam masa 42 minit.
Anda sedang membaca artikel tentang
Beregu kita takluk Taiwan
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/10/beregu-kita-takluk-taiwan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Beregu kita takluk Taiwan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar