Bagi mereka, tanpa kapten skuad kebangsaan, Safiq, 25, dan Amri, 31, pemain yang menyarung jersi Merah Kuning sejak 2001, Red Giants akan menghadapi kesukaran untuk bersaing pada Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Namun perkembangan terbaru dari Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sudah pasti sedikit sebanyak melegakan penyokong Red Giants kerana skuad itu sedang berusaha mendapatkan bekas penyerang import Terengganu, Francis Forkey Doe, 27, bagi menggantikan Bosko Balaban, 34, yang digugurkan.Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu juga akan mendapatkan penyerang tinggi lampai Kuala Lumpur, Afiq Azmi, 23, yang beraksi secara pinjaman dengan juara Piala Malaysia, Kelantan.
Selain itu, penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat, 25, turut berada dalam senarai FAS untuk dipancing.
Walaupun Safiq dan Amri dilepaskan untuk bersama pasukan baru, kehadiran beberapa pemain berpengalaman seperti Sharbinee Allawee Ramli serta dua pemain kebangsaan, S Kunanlan dan Mahali Jasuli mampu menguatkan semula pasukan.
Malah, S Veenod yang beraksi cemerlang selaku pemain pinjaman pada Piala Malaysia baru-baru ini juga kami tawarkan kontrak penuh.
Dengan ketiadaan Balaban dan Amri di bahagian serangan, kami sedang berusaha mendapatkan Forkey Doe yang terbukti sebagai penjaring terbanyak Liga Super musim ini, selain Afiq dan Manaf, kata sumber rapat FAS kepada BH Sukan, semalam.
Anda sedang membaca artikel tentang
Penyokong Red Giants gusar tiada kapten, Amri
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/10/penyokong-red-giants-gusar-tiada-kapten.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Penyokong Red Giants gusar tiada kapten, Amri
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Penyokong Red Giants gusar tiada kapten, Amri
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar