"Daripada awal, saya sudah kata saya tidak bersalah dan masih kekal begitu. Sudah tentu saya sedih diperlakukan sebegini sedangkan saya banyak berkorban untuk sukan yang saya sayangi ini," katanya semalam.
Masih memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Persatuan Olahraga Asia (AAA), Karim berkata sikap lantangnya membangkitkan kepincangan dalam badan induk itu dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini menyebabkan dia 'disingkirkan'."Saya tidak salahkan pucuk pimpinan baru KOM tetapi saya akan buat pendedahan dalam satu sidang media tidak lama lagi mengenai apa yang dilakukan ahli gabungan KOM hingga mereka berkonspirasi menjatuhkan saya dan menjadikan saya sebagai 'kambing hitam'," katanya,
Kumpul bukti
Katanya, dia kini sedang menghimpunkan segala bukti untuk diserahkan kepada Pesuruhjaya Sukan termasuklah kes ahli gabungan negeri yang tidak menjalankan mesyuarat agung tahunan selama tiga tahun berturut-turut tetapi hadir semasa pemilihan KOM baru-baru ini, kes salah laku seksual yang ditutup dan penyalahgunaan peruntukan RM20,000 dalam satu kejohanan antarabangsa.
Karim juga berkata, dia akan menghantar segala bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika pihak yang didakwanya melakukan kepincangan dalam badan induk itu tidak meletak jawatan.
Mesyuarat Majlis KOM Khamis lalu menjatuhkan hukuman penggantungan enam tahun ke atas Karim sekali gus jawatan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Melaka (POAM) yang disandangnya turut terlucut dan tidak dibenarkan mengemukakan rayuan.
Anda sedang membaca artikel tentang
Karim tidak berdiam diri
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/10/karim-tidak-berdiam-diri.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Karim tidak berdiam diri
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar