Kuala Lumpur: Lima hari sebelum perlumbaan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad ini, pelumba Moto 3 negara, Zulfahmi Khairuddin mula memasang impian untuk meraih kejayaan podium sulung dalam kerjaya di negara sendiri.
Harapan pelumba dari Banting, Selangor itu dianggap realistik apabila berada di tempat kelima pada perlumbaan sebelum ini di Grand Prix Jepun, minggu lalu.Sekiranya berjaya, Zulfahmi yang dilahirkan pada 20 Oktober 1991 bakal menerima hadiah ulang tahun paling bernilai dan penuh makna apabila hari perlumbaan sebenar akan berlangsung hanya sehari selepas tarikh itu.
"Saya tidak sabar untuk berlumba di sini. Memang tekanan sentiasa ada terutama ketika berlumba di negara sendiri tetapi bagi saya semua itu akan dijadikan sebagai pembakar semangat untuk cuba melakukan yang terbaik.
"Moto 3 bukan satu perlumbaan yang mudah, namun saya yakin dengan kemampuan jentera sekarang. Saya mampu untuk mendapatkan keputusan baik dan berharap mampu memberikan saingan kepada pelumba lain.
Berada dalam kelompok 10 pelumba terbaik
"Saya akan bekerja lebih keras dan cuba merebut kedudukan lima terbaik pada sesi kelayakan. Saya percaya dengan strategi pasukan dan persiapan terhadap jentera, saya mampu melakar keputusan lebih baik," katanya ketika ditemui pada satu sidang media semalam.
Selepas 15 pusingan, Zulfahmi kini melakar sejarah baru buat dirinya apabila berada dalam kelompok 10 pelumba terbaik iaitu di kedudukan ketujuh keseluruhan kategori Moto 3 dengan mengumpul 92 mata.
Untuk rekod, Zulfahmi hampir meraih kedudukan podium pertama ketika pusingan ketiga di Grand Prix Portugal pertengahan tahun ini dengan menamatkan perlumbaan di tempat keempat.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali, berkata pihaknya cukup bangga dengan pencapaian yang diraih Zulfahmi musim ini.
Anda sedang membaca artikel tentang
Zulfahmi pasang impian raih podium
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/10/zulfahmi-pasang-impian-raih-podium.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Zulfahmi pasang impian raih podium
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Zulfahmi pasang impian raih podium
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar