Namun pesaing utama lain seperti Leicester, Wolves dan Crystal Palace masing-masing turut mencatat kemenangan untuk terus menghimpit kedudukan teratas bagi merebut tempat ke Liga Perdana Inggeris, musim depan.
Selepas ketinggalan menerusi jaringan DJ Campbell pada penghujung babak pertama, Cardiff bangkit membalas menerusi dua jaringan Heidar Helguson pada minit ke-63 dan 88.Dengan tujuh kemenangan, sekali seri dan dua tewas, Cardiff kini mengumpul 22 mata untuk kekal dengan kelebihan satu mata mengatasi Leicester.
Ini kerana, Leicester turut mencatat kemenangan dengan menewaskan Bristol City 2-0 di laman sendiri untuk kekal di tangga kedua dengan 21 mata.
Wolves pula menang tipis 1-0 ke atas Blackburn manakala Palace mengatasi Burnley 4-3, untuk kedua-dua pasukan itu kekal di tangga ketiga dan keempat, kurang tiga mata berbanding Cardiff. - AFP
Anda sedang membaca artikel tentang
Cardiff City kekal di persada Liga Kejuaraan
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/10/cardiff-city-kekal-di-persada-liga.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Cardiff City kekal di persada Liga Kejuaraan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Cardiff City kekal di persada Liga Kejuaraan
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar