Bagaimanapun, menurut sumber yang dipercayai, penyerang berusia 27 tahun itu yang dikenali sebagai 'Saha' juga senasib dengan Marzuki apabila masih mempunyai baki setahun kontrak bersama Penyu.
"Pemain ini dikatakan mahu berhijrah untuk menyertai pasukan berstatus kelab T-Team bagi kancah musim depan."Persetujuan sudah dicapai, cuma kontrak belum ditandatangani," kata sumber yang ditemui di Kuala Terengganu.
Sementara itu, Saha yang dihubungi BH Sukan mengakui ada menerima tawaran daripada pasukan 'adik' itu, namun belum membuat keputusan.
"Niat untuk berhijrah itu ada kerana saya sendiri sudah lama beraksi dengan Terengganu... nak juga beralih angin tetapi perkara ini masih dalam perbincangan lagi.
"Lagi pun, saya masih lagi terikat dengan Terengganu dan rasa sayang pada pasukan Penyu masih tebal, jadi keputusan masih belum dimuktamadkan," katanya.
Pemain kelahiran Rawai, Bukit Payong, Marang itu berkata, dia tidak mahu masalah perpindahan itu akan menjejaskan kerjayanya dan berjanji akan mempamerkan prestasi terbaik untuk pasukan yang diwakili musim depan.
Anda sedang membaca artikel tentang
Ashaari pula mahu tinggalkan Terengganu
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/10/ashaari-pula-mahu-tinggalkan-terengganu.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Ashaari pula mahu tinggalkan Terengganu
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Ashaari pula mahu tinggalkan Terengganu
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar