Pengurus Arsenal, Wenger dan bos Hammers Allardyce kerap tidak sebulu ketika Allardyce pernah membimbing Bolton satu masa lalu dengan Wenger kerap mengkritik pendekatan fizikal dilakukan Bolton.
Sekarang, kedua-duanya bertemu semula dengan Allardyce mahu Hammers berganjak ke tangga ketujuh di atas kelab Wenger itu bagi menambahkan bara kepada pasukan lawan di Upton Park nanti.Arsenal kelihatan sukar untuk bangkit semula daripada kekalahan pertama musim ini kepada Chelsea, minggu lalu tetapi skuad Wenger bakal berlepas ke laman lawan tanpa kelibat pertahanan tengah Abou Diaby.
Wenger kritik Deschamps
Kecederaan paha Diaby mendorong Wenger mengkritik keras jurulatih Perancis, Didier Deschamps yang memutuskan mahu menggunakan khidmat pemain itu walaupun mengalami kecederaan.
Begitupun, Deschamps, membalas kritikan itu dengan berkata: "Saya mahu mengingatkan dia (Wenger) bahawa saya seorang saja yang akan membuat keputusan memilih pemain dan berapa lama mereka akan bermain," kata Deschamps. "Terdapat hanya seorang untuk memilih dan ia adalah saya."
Dalam pada masa sama, pertahanan Arsenal, Kieran Gibbs memberi amaran kepada West Ham bahawa pasukannya akan beraksi dengan agresif selepas kemenangan menewaskan Olympiakos pada Liga Juara-Juara, Khamis lalu.
"Adalah penting untuk bangkit semula selepas tewas di laman sendiri. Amat penting buat pemain sebenarnya. Kami mahu melepaskan beberapa keraguan dalam fikiran kami ketika ini. Kami pasti dapat melakukannya dan kini mahu kembali berada di depan." - AFP
Anda sedang membaca artikel tentang
Permusuhan Wenger, Allardyce berterusan
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/10/permusuhan-wenger-allardyce-berterusan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Permusuhan Wenger, Allardyce berterusan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Permusuhan Wenger, Allardyce berterusan
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar