Shah Alam: "Semua boleh kritik. Tak salah.... jika demi kebaikan skuad negara," kata Datuk K Rajagobal yang kini seperti mendapat angin baru selepas melihat skuad Harimau Malaya bangkit menewaskan Yaman 2-1, malam kelmarin.
Saya percaya kepada pemain saya dan perlu sokong kerana ini pasukan kebangsaan. Kalah atau seri, sebagai jurulatih, kamu perlu terus lihat ke depan dan ia satu karakter yang baik dan itu adalah karakter saya." K. Rajagobal
"Saya percaya kepada pemain saya dan perlu sokong kerana ini pasukan kebangsaan. Kalah atau seri, sebagai jurulatih, kamu perlu terus lihat ke depan dan ia satu karakter yang baik dan itu adalah karakter saya."
Kejayaan meraih tiga mata berharga dalam kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam setidak-tidaknya menepis segala tohmahan negatif 'buat sementara' terhadap kemampuan pengendali berkenaan.
Kemenangan itu kembali memberi nafas baru buat skuad negara untuk terus memasang impian layak ke pusingan akhir di Australia, malah Rajagobal sendiri seakan sudah lali dengan setiap kritikan yang dilontarkan kepadanya.
Dia turut menyuarakan betapa dia seorang jurulatih yang memegang amanah penyokong tempatan tidak mahu akur dengan segala kata-kata sinis sebaliknya menjadikan ia sebagai pendorong untuk membuktikan semua itu adalah silap.
Pada perlawanan itu, skuad kebangsaan terlebih dulu dikejutkan dengan gol pendahuluan pasukan lawan menerusi jaringan Aiman Salleh Abd Al-Hagri seawal minit ke-13 namun disamakan oleh penyerang Pahang, Azamuddin Akil (m-27) sebelum tonggak Kedah, Khyril Muhymeen Zambri menceriakan penyokong tempatan dengan gol kemenangan, minit ke-80.
Kehadiran Wan Zack Haikal Wan Nor yang baru pulih daripada kecederaan buku lali jelas menghadirkan keceriaan buat Rajagobal dengan aksi cukup cemerlang.
"Saya fikir persembahan kita baik dan saya gembira pemain mampu mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol. Ini yang kita perlukan terutamanya Wan Zack dan Alex (Azamuddin).
"Kehadiran Wan Zack memberikan kita pilihan. Mereka melakukan tugas dengan baik dan menunjukkan keazaman yang tinggi tetapi lebih penting pemain terus konsisten dan meraih tiga mata," katanya yang turut memuji dua tonggak tengah, Safiq Rahim dan K Gurusamy.
Anda sedang membaca artikel tentang
'Semua boleh kritik'
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/03/semua-boleh-kritik.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
'Semua boleh kritik'
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar