Tidak dinafikan minda dua pengendali - Irfan Bakti Abu Salim (Selangor) dan Fandi Ahmad (Johor DT) harus berkecamuk ketika ini dengan memikirkan bagaimana mahu mencongak strategi terbaik untuk menang ketika saingan ini dijangka meledak dengan segala drama membabitkan dua gergasi tersohor.
Selangor tidak tertekan
"Walaupun agak lama tak menang, ia tidak membuat kami berasa tertekan. Mungkin bukan rezeki kami pada beberapa perlawanan sebelum ini. Apa pun saya yakin dengan kehadiran dan sokongan penyokong Red Giants, kami mampu menampilkan aksi lebih baik kali ini," kata Norazlan ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, jurulatih Johor DT, Fandi mengingatkan barisan pemain lebih fokus memastikan mereka tidak pulang tangan kosong.
"Saya masih berdepan masalah menurunkan barisan terbaik kerana kami perlu membuat rombakan menguatkan semua posisi. Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali masih belum pasti diturunkan atau tidak kerana saya perlu memastikan mereka cergas sepenuhnya dan tidak mahu ambil risiko menurunkan pemain itu tetapi gagal beraksi dengan baik.
"Apapun saya lega dengan kembalinya Ahmad Ezrie Shafize selepas penggantungan satu perlawanan dan mungkin dia akan bergandingan bersama Safiq Rahim mengemudi jentera tengah memandangkan barisan tengah Selangor cukup ampuh dan perlu disekat," kata Fandi.
Tiket perlawanan RM15 dewasa dan RM5 kanak-kanak akan dijual di kaunter stadium bermula jam 9 pagi ini.
Anda sedang membaca artikel tentang
Babak panas Red Giants, JDT
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/03/babak-panas-red-giants-jdt.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Babak panas Red Giants, JDT
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar