Anak Harimau mula asah kuku di Slovakia

Written By Unknown on Sabtu, 23 Maret 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Perlawanan persahabatan pertama skuad Harimau Muda A dalam siri kem latihan pusat lima bulan di Eropah bertemu skuad B-19 Slovakia di Stadium Vion Zlate Moravce, Slovakia hari ini bakal menjadi ujian awal pemain baru dan simpanan skuad B-23 negara.

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee berkata, dia mahu pemain seperti Kenny Pallraj, Nurridzuan Abu Hassan, Adam Nor Azlin dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham menggunakan sebaik mungkin peluang beraksi dalam perlawanan bermula jam 3.30 petang (10.30 malam waktu Malaysia) itu.

"Memandangkan empat pemain – Gary Steven Robbat, Rozaimi Abd Rahman, Irfan Fazail dan Ferris Danial Mat Nasir – masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan, jadi saya harap pemain baru terutamanya perlu menunjukkan sikap dan disiplin tinggi serta keinginan untuk beraksi.

"Jika ada pemain beraksi sambil lewa, bermakna mereka akan terus jauh ketinggalan dan apabila tiba masanya, saya hanya boleh menamakan 20 pemain terbaik ke Sukan SEA di Myanmar, Disember depan," kata Kim Swee ketika dihubungi di Zlate Moravce, semalam.

Akademi Eropah

Hanya 24 pemain sudah berada di Slovakia sejak 16 Mac lalu manakala Fadhli Shas akan ke sana, Khamis ini selepas selesai tugasan bersama skuad kebangsaan manakala Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim akan terus beraksi bersama kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu.

"Selepas seri 0-0 dengan Ludince FC pada aksi pemanas badan (Selasa lalu), bertemu Slovakia B-19 ini bukan mudah kerana pemain mereka bermain di akademi serata Eropah. Keputusan perlawanan tidak begitu mustahak, lebih penting untuk membentuk persefahaman dan corak permainan yang cuba saya terapkan. Jika menang, ia bonus," jelas Kim Swee.
Skuad Harimau Muda A seterusnya akan bertemu skuad B-21 Georgia di Vienna, Austria, Selasa ini.


Anda sedang membaca artikel tentang

Anak Harimau mula asah kuku di Slovakia

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/03/anak-harimau-mula-asah-kuku-di-slovakia.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Anak Harimau mula asah kuku di Slovakia

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Anak Harimau mula asah kuku di Slovakia

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger