Selangor aibkan Johor DT

Written By Unknown on Minggu, 10 Maret 2013 | 15.23

Shah Alam: Barisan bintang Johor Darul Takzim (DT) menerima aib paling besar musim ini apabila dibelasah Selangor 4-1 yang beraksi dengan 10 pemain pada sebahagian besar babak kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Percaturan Irfan Bakti Abu Salim ternyata lebih berkesan berbanding lawannya, Fandi Ahmad yang mengakui Selangor lebih bijak memanfaatkan setiap peluang terhidang selepas mendahului dengan gol awal.

Ini hari Selangor, kata Fandi. Mereka ambil kesempatan dari ruang-ruang yang ada dan setiap kali mendapat peluang, mereka menjaringkan gol. Gol awal mereka memang mengejutkan dan mungkin penjaga gol tidak berada pada posisi yang baik.

Kekebalan Norazlan lebur

Bagi Irfan, kemenangan besar malam tadi berpunca daripada situasi Johor yang terdesak merapatkan jurang selepas ketinggalan dua gol pada babak awal. Apabila Johor ketinggalan 2-0, ada ruang kosong di belakang yang ditinggalkan. Kami ambil kesempatan atas situasi itu untuk terus hasilkan jaringan, kata Irfan.

Beraksi di depan penyokong sendiri memberi kelebihan buat Selangor untuk mempamerkan aksi agresif dengan jaringan pendahuluan terhasil seawal minit keempat apabila hantaran lintang mengelirukan S Kunanlan dari sebelah kanan terus menerjah gawang lawan yang dikawal Zamir Selamat.

Tonggak import Selangor, Francis Forkey Doe terus mengukuhkan kedudukan tuan rumah apabila memanfaatkan hantaran K Solihin pada minit ke-33 dan kedudukan 2-0 itu kekal hingga tamat babak pertama.
Selangor yang kehilangan seorang pemain berikutan layangan kad merah yang diterima tonggak import, Peter Charappan bagaikan tidak tergugat malah menambah dua lagi jaringan menerusi Mahali Jasuli pada minit ke-67 dan selang dua minit kemudian, Amri Yahyah menambah derita pelawat.

Bagaimanapun, kekebalan Norazlan Razali bagaimanapun lebur pada minit ke-75 apabila Norshahrul Idlan Talaha bijak melepasi dua pertahanan tuan rumah sebelum melepaskan satu rembatan kencang dari dalam kotak penalti untuk gol sagu hati pelawat.


Anda sedang membaca artikel tentang

Selangor aibkan Johor DT

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/03/selangor-aibkan-johor-dt.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Selangor aibkan Johor DT

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Selangor aibkan Johor DT

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger