TNB buat KLHC gigit jari

Written By Unknown on Rabu, 27 Maret 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Juara bertahan, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) kehilangan trofi pertama pada Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya memenangi perlawanan sumbangsih dengan kemenangan 3-2 dalam perlawanan yang ditentukan menerusi pukulan penalti.

Dalam perlawanan di Stadium Hoki Nasional 2 Bukit Jalil semalam, perlawanan berkesudahan seri 3-3 pada 70 minit perlawanan yang kemudian terpaksa disambung ke masa tambahan.

Kedua-dua pasukan yang saling mengasak kubu pertahan lawan bagaimanapun masih gagal mencipta jaringan kemenangan pada masa tambahan yang menyebabkan perlawanan diheret ke penentuan pukulan penalti.

TNB menyumbat tiga gol menerusi Faizal Saari, Amir Farid Ahmad Fuzi dan Muhammad Firhan Ashaari manakala KLHC hanya mencipta dua gol - Wassem Ahmad dan Muhammad Umar Bhutta - menerusi lima percubaan penalti yang diawasi penjaga gol lawan, Roslan Jamaluddin.

Kapten pasukan TNB, Muhamad Amin Rahim berkata mereka yakin menang apabila perlawanan diheret ke penentuan penalti dengan bantuan penjaga gol terbaik Malaysia dan Asia, S Kumar.

Jadi batu loncatan

"Kemenangan ini diharap menjadi batu loncatan buat kami merangkul lebih banyak perlawanan selepas ini," kata Amin.
Sementara itu, jurulatih KLHC Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berkata dia tidak risau terlepas perisai sumbangsih pada tahun ini kerana sasaran mereka lebih kepada pungutan mata dalam liga.


Anda sedang membaca artikel tentang

TNB buat KLHC gigit jari

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/03/tnb-buat-klhc-gigit-jari_27.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

TNB buat KLHC gigit jari

namun jangan lupa untuk meletakkan link

TNB buat KLHC gigit jari

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger