Rekod gah Pahang di Kuantan lebur

Written By Unknown on Sabtu, 09 Maret 2013 | 15.23

Kuantan: Rekod tanpa kalah Pahang di gelanggang sendiri, Stadium Darulmakmur akhirnya lebur apabila tewas 1-3 kepada PKNS FC, malam tadi.

Biarpun mendahului perlawanan, skuad kendalian Dollah Salleh itu gagal memanfaatkan sebaiknya peluang yang pantas diambil PKNS FC sekalipun dipaksa bermain sepuluh pemain di babak terakhir perlawanan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Peluang terbaik PKNS untuk di depan hadir pada minit ke-16 selepas meraih penalti namun gagal disempurnakan penyerang import, Patrick Ronaldinho Wleh sebelum tuan rumah membuatkan kira-kira 15,000 penyokong bersorak gembira menerusi jaringan pemain tengah, R Gopinathan selepas menerima hantaran silang menarik daripada kapten pasukan, Jalaluddin Jaafar pada minit ke-25.

Tambah derita Pahang

Bersambung babak kedua, Ronaldinho menebus kesilapan apabila menyamakan kedudukan 1-1 selepas berlaku salah faham antara penjaga gol, Rosfaizul Azuar Ali dan pemain pertahanan pada minit ke-57 sebelum derita Pahang ditambah Mohd Nizad Ayub pada minit ke-64.

Ketinggalan satu gol menyebabkan pengendali Pahang, Dollah Salleh memasukkan penyerang import, Mohamed Borji bagi menggantikan Azidan Sarudin pada minit ke-75 dan peluang tambah cerah enam minit sebelum perlawanan berakhir apabila pertahanan PKNS, Es Lizuan Zahid Amir dilayangkan kad merah oleh pengadil, Samsuddin Ibrahim kerana melengahkan perlawanan.
Begitupun, kelebihan beraksi 11 pemain gagal menghalang PKNS membawa pulang tiga mata berharga apabila Ronaldinho menjaringkan gol ketiga buat pelawat pada minit akhir perlawanan.


Anda sedang membaca artikel tentang

Rekod gah Pahang di Kuantan lebur

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/03/rekod-gah-pahang-di-kuantan-lebur.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Rekod gah Pahang di Kuantan lebur

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Rekod gah Pahang di Kuantan lebur

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger