Kuala Terengganu: Hajat Selangor untuk berada di takhta liga tidak kesampaian apabila disekat pasukan kedua tercorot, T-Team 0-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang semalam.
Pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim turun dengan penuh bersemangat untuk mengutip tiga mata penuh memintas pendahulu liga, Johor Darul Takzim (JDT) yang hanya kelebihan dua mata, tetapi tidak berhasil.
"Satu mata sudah memadai buat saya dan pasukan. Saya juga sangat berpuas hati dengan anak buah saya kerana rata-ratanya cukup bersemangat setiap kali turun beraksi," katanya.
Masa depan Folan
Ditanya masa depan pemain import, Caleb Folan dengan T-Team, Butler menegaskan pemain berasal dari Ireland itu akan ditentukan pihak pengurusan, tetapi buat masa ini dia yang pernah beraksi dengan Hull City itu masih diperlukan sehingga pintu perpindahan pemain baru dibuka April ini.
Dalam saingan itu, pemain muda T-Team, Ahmad Takhiyuddin Roslan hampir meletakkan pasukannya di depan hasil sepakan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-26, namun usahanya diselamatkan penjaga gol, Norazlan Razali.
Ketangkasan Norazlan yang dipilih pemain terbaik perlawanan mengawal benteng terakhir pelawat juga memberi masalah buat tuan rumah menjaringkan gol pada perlawanan itu kerana berjaya menyelamatkan kira-kira lima percubaan terbaik T-Team.
Anda sedang membaca artikel tentang
T-Team sekat hajat Selangor
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/03/t-team-sekat-hajat-selangor.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
T-Team sekat hajat Selangor
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar