Siapa kena gugur?

Written By Unknown on Kamis, 28 Maret 2013 | 15.23

Kuantan: Siapa yang sepatutnya digugurkan, Datuk K Rajagobal (gambar) atau pemain?

Itulah persoalan menarik yang timbul selepas pengendali skuad kebangsaan itu menegaskan akan menggugurkan beberapa pemain berikutan persembahan hambar ketika tewas 0-2 kepada Palestin dalam perlawanan persahabatan amal antarabangsa di Stadium Darul Makmur malam kelmarin.

Kekalahan skuad kebangsaan jelas memalukan, apatah lagi, kepada negara yang sedang bergolak dengan peperangan dan tidak mempunyai kemudahan yang sempurna untuk bermain bola sepak selain pemain mereka jarang dapat berlatih bersama.

"Berdasarkan perlawanan malam ini (kelmarin), saya sudah mengenal pasti beberapa pemain yang akan digugurkan selepas dilihat tidak banyak membantu mengekang asakan pemain Palestin.

Salah pemain tiada komitmen

"Tetapi, saya tidak dapat mendedahkan nama pemain terbabit kerana berasa sudah memberi peluang yang terbaik kepada mereka untuk menonjolkan kebolehan masing-masing," kata Rajagobal sejurus perlawanan.

Mengulas lanjut kekalahan itu, Rajagobal menyalahkan pemain kerana gagal mempamerkan semangat dan kesungguhan tinggi untuk meletakkan kejayaan bermakna buat skuad negara.
"Saya perhatikan bahawa pemain yang diberi peluang gagal menyerlah, sedangkan perlawanan ini adalah peluang terbaik buat mereka membuktikan kesungguhan.

"Tetapi mereka gagal melaksanakan tugas yang diberi selepas beberapa pemain utama tidak beraksi atas komitmen bersama pasukan negeri masing-masing.

"Apa yang pasti ketiadaan pemain utama menjejaskan corak permainan pasukan yang menyaksikan kita tewas dan Palestin berjaya menambah gol pada minit akhir perlawanan," katanya.


Anda sedang membaca artikel tentang

Siapa kena gugur?

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/03/siapa-kena-gugur.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Siapa kena gugur?

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Siapa kena gugur?

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger