Tentera rampas pendahulu liga

Written By Unknown on Sabtu, 09 Maret 2013 | 15.23

Lumut: Tentera kembali merampas tangga teratas Liga Super untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Perak 4-2 di Stadium TLDM, Lumut, malam tadi.

Marlon Alex James muncul pemusnah Perak apabila dua jaringannya pada setiap babak menghadiahkan kekalahan keempat Perak musim ini, namun sepakan penaltinya pada minit ke-75 sekadar menggegar tiang.

Perak terlebih dahulu bermula cemerlang apabila berjaya mendahului 2-0 hasil jaringan penyerang importnya, Karim Rouani yang memecah kebuntuan gol pada minit ke-10 disusuli gol kedua menerusi tandukan Shahrom Kalam, lapan minit kemudian.

Marlon ledak gol ketiga

Keghairahan anak-anak buah Azraai Khor Abdullah itu bagaimanapun tersentap apabila Tentera bangkit merapatkan kedudukan menerusi Shukor Adan pada minit ke-21 disusuli gol penyamaan Christie Jayaseelan pada minit ke-42.

Menuju masa kecederaan babak pertama, Marlon meletakkan Tentera di hadapan apabila menjaringkan gol ketiga dan penyerang import veteran itu memusnahkan sisa perjuangan Perak apabila menambah gol keempat dan kedua peribadinya pada minit ke-85.
Skuad kendalian B Sathianathan itu kini di tangga teratas Liga Super dengan 18 mata selepas 10 perlawanan, dua mata mengatasi pendahulu sebelum ini, Johor Darul Takzim yang hanya akan turun bertemu pasukan tangga ketiga, Selangor, malam ini.


Anda sedang membaca artikel tentang

Tentera rampas pendahulu liga

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/03/tentera-rampas-pendahulu-liga.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Tentera rampas pendahulu liga

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Tentera rampas pendahulu liga

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger