Kiradech gah dinobat juara

Written By Unknown on Rabu, 27 Maret 2013 | 15.23

Molinari tempat kedua, Hansen ketiga

Kuala Lumpur: Pemain Thailand, Kiradech Aphibarnrat yang mendahului Terbuka Malaysia Maybank sejak hari pertama, memastikan kekecewaan 2010 tidak berulang apabila muncul juara di lapangan Kelab Golf dan Country Kuala Lumpur, semalam.

Bergelut dengan keletihan dan penyakit tiroid dialaminya, pemain 22 tahun itu kekal fokus hingga lubang terakhir untuk memastikan cek bernilai AS$458,330 (RM1.42 juta) menjadi miliknya kali ini.

Lonjak tangga

"Saya hampir menang di sini beberapa tahun lalu dan akhirnya saya berjaya mencapainya," kata Kiradech yang merakam 13 bawah par 203 selepas kejohanan dipendekkan kepada 54 lubang akibat cuaca buruk.

"Hanya selepas mencatat birdie di lubang 16, baru saya merasakan peluang untuk menang terbuka luas. Tetapi dalam golf, anda tidak boleh anggap anda pemenang selagi permainan belum tamat."

Kiradech yang melonjak ke tangga teratas merit Jelajah Asia selepas kemenangan semalam bertekad akan cuba mengekalkan kedudukan itu sehingga akhir tahun dengan memenangi seberapa banyak kejohanan selepas ini.

"Sasaran saya seterusnya ialah memenangi kejuaraan major suatu hari nanti," kata Kiradech yang muncul pemain kedua dari Thailand menjuarai Terbuka Malaysia selepas Thongchai Jaidee pada 2004 dan 2005.
Molinari kedua

Di tempat kedua, Edoardo Molinari dari Itali yang mencatat 12 bawah par 204 dan Anders Hansen dari Denmark ketiga dengan catatan 11 bawah par 205.

Juara Masters 2011, Charl Schwartzel dari Afrika Selatan yang menyambung baki pusingan ketiga dan terakhir semalam pada satu pukulan di belakang Kiradech, terikat di tangga keempat bersama Victor Dubuisson (206 pukulan).

Kejohanan diiktiraf Jelajah Asia dan Eropah yang menawarkan AS$2.75 juta (RM8.58 juta) itu turut menampilkan juara major tiga kali, Padraig Harrington yang menamatkan saingan terikat di tangga keenam pada catatan sembilan bawah par 207 dan pemain ranking ketiga dunia, Luke Donald yang gagal melepas had kelayakan.


Anda sedang membaca artikel tentang

Kiradech gah dinobat juara

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/03/kiradech-gah-dinobat-juara_27.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Kiradech gah dinobat juara

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Kiradech gah dinobat juara

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger