FAM nafi pegawai bawa isteri ‘melancong’

Written By Unknown on Sabtu, 22 Juni 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam menafikan tuduhan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bahawa seorang demi seorang pegawai badan induk itu membawa isteri 'melancong' ke Slovakia bagi memantau siri latihan skuad Harimau Muda A.

Dakwaan Timbalan Presiden FAM yang sedang digantung itu menerusi laman Facebook miliknya, Rabu lalu jelas ditujukan kepada Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah yang berlepas ke Slovakia, Ahad lalu bersama isterinya untuk memantau latihan itu.

Paling menarik, Afandi yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kini memangku jawatan Annuar (Presiden KAFA) yang masih dalam penggantungan dua setengah tahun.

Dakwaan Annuar tak tepat

"Afandi sepatutnya berada bersama Harimau Muda A sepenuh masa selama lima bulan kerana beliau adalah pengurus skuad berkenaan.

"Namun, disebabkan tugasan di tanah air, beliau tidak dapat berbuat demikian. Pemergiannya selaku pengurus itu perlu bagi melaporkan perkembangan terkini skuad Harimau Muda A untuk dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM, 17 Julai ini.
"Dalam surat pemakluman sebelum berlepas ke Slovakia, beliau ada memberitahu, akan membawa keluarganya bersama atas tanggungan sendiri.

"Jadi kenyataan ini dapat menangkis segala tohmahan dan fitnah terhadap pegawai FAM yang didakwa berulang-alik ke Slovakia," kata kenyataan FAM, semalam.

Malah, dakwaan Annuar seorang demi seorang pegawai FAM melancong ke Slovakia juga tidak tepat.

"Afandi adalah pegawai FAM yang pertama melawat pasukan Harimau Muda A sejak mereka berada di Slovakia, pertengahan Mac lalu.

"FAM juga tidak pernah menaja mana-mana keluarga pegawai FAM sama ada ke luar atau dalam negara," kata kenyataan itu.


Anda sedang membaca artikel tentang

FAM nafi pegawai bawa isteri ‘melancong’

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/06/fam-nafi-pegawai-bawa-isteri.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

FAM nafi pegawai bawa isteri ‘melancong’

namun jangan lupa untuk meletakkan link

FAM nafi pegawai bawa isteri ‘melancong’

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger