Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan, Lee Chong Wei mahu ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her 'usah lepas tangan' berhubung masalah yang menimpa pasangan utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong selepas mereka kini berdepan misi getir menjelang Kejohanan Dunia di Guangzhou, China Ogos ini.
"Biarpun Kien Keat-Boon Heong berlatih dengan Paulus Firman (jurulatih beregu lelaki) tetapi kasihan dengan dia kerana baru saja tiba di sini (Malaysia) dan tidak tahu apa masalah sebenar Kien Keat-Boon Heong.
"BAM (Persatuan Badminton Malaysia) juga perlu membuat sesuatu bagi menyelesaikan masalah Kien Keat-Boon Heong. Jika tidak, saya berani cakap Kien Keat-Boon Heong akan 'terus hanyut'.
Fokus gelaran dunia
"Jika ia berlaku, kita akan terus ketinggalan kerana saya tidak nampak ada pemain negara yang lain boleh menggantikan Kien Keat-Boon Heong. Mungkin kita ada Goh V Shem-Lim Khim Wah tapi mereka belum sampai tahap tertinggi lagi.
"Saya katakan kepada Kien Keat-Boon Heong, apa yang sudah lepas, lupakan saja sebaliknya fokus dengan Kejohanan Dunia yang bakal menentukan hala tuju mereka sebagai pasangan beregu," kata Chong Wei ketika ditemui selepas pelantikannya sebagai duta produk kunci dan keselamatan rumah, Gere semalam.
Masalah disiplin
Kien Keat-Boon Heong dunia dikecam hebat berikutan prestasi hambar mereka terutama ketika kempen Piala Sudirman bulan lalu yang membawa kepada pendedahan punca mereka gagal menghasilkan keputusan cemerlang apabila mempunyai masalah disiplin dan berjudi.
Beregu nombor tiga dunia itu tidak mempunyai pilihan selain mara sekurang-kurangnya ke final di Guangzhou jika tidak mahu gandingan mereka dipisahkan seperti mana sasaran yang diletakkan BAM.
Dalam pada itu, Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia turut mahu BAM mengkaji semula apakah punca menyebabkan pemain beregu negara sudah lama tidak menghasilkan keputusan cemerlang dalam kejohanan disertai.
"Semua orang tahu pemain beregu kita sudah lama tidak menghasilkan keputusan cemerlang. Kita memiliki juara remaja dunia dalam acara beregu tetapi sampai sekarang kita tidak dapat lihat keputusan yang baik daripada mereka.
"Apakah punca sebenar kegagalan ini dan BAM perlu lihat ini semua sama ada masalah ini berlaku daripada jurulatih atau program latihan," kata Chong Wei.
Anda sedang membaca artikel tentang
Usah lepas tangan: Chong Wei
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/06/usah-lepas-tangan-chong-wei.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Usah lepas tangan: Chong Wei
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar