Bukit Jalil: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membatalkan pemberian ganjaran RM1,000 kepada individu yang membantu polis menangkap penyokong yang mencetuskan kekecohan pada final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 29 Jun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata keputusan itu dibuat, semalam selepas mengambil kira pandangan dan kesan yang akan berlaku jika tawaran itu diteruskan.
"Jadi kita tidak akan laksanakan pada final kali ini kerana kita takut berlaku salah faham antara penyokong kedua-dua pasukan," katanya selepas mesyuarat keselamatan final Piala FA di Stadium Nasional, semalam.
Perlantikan marshal diteruskan
Pada 13 Jun lalu, FAM memperkenalkan ganjaran RM1,000 kepada mana-mana individu yang dapat menangkap penyokong yang cuba menimbulkan kekecohan pada final Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT), pada 29 Jun ini.
Selain ganjaran itu, FAM turut menyediakan dua lagi inisiatif untuk mengawal penyokong pada perlawanan akhir itu.
Dua inisiatif itu ialah memilih 200 penyokong masing-masing 100 dari Kelantan dan Johor DT untuk ditempatkan di lokasi tertentu bagi memantau aktiviti penyokong lain serta memperkenalkan tiket 'istimewa' yang boleh diimbas untuk mengesan tahap ketulenan.
Mengenai inisiatif penyokong sebagai marshal, Hamidin berkata, keputusan untuk menetapkan 100 marshal dari kedua-dua pasukan tetap akan dilaksanakan kerana ia boleh membantu hampir 2,000 anggota polis yang ditugaskan pada malam perlawanan berkenaan.
Yakin perancangan polis
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yakin segala strategi dan perancangan pihak polis akan berjalan lancar, dengan syarat penyokong kedua-dua pasukan mematuhi peraturan dan tidak mencetuskan provokasi.
"Jangan ada provokasi, itu yang menjadi punca segala-galanya. Jika semua datang dengan semangat kesukanan untuk menonton perlawanan, pasti tiada masalah. Polis sentiasa ada untuk menjaga keselamatan," katanya.
Sementara itu, Hamidin memberi jaminan rumput padang Stadium Nasional akan berkeadaan baik pada 29 Jun ini biarpun ia ditutup selama beberapa hari untuk diadakan konsert penyanyi terkenal Korea Selatan, G-Dragon, malam ini.
"Tiada masalah.. Kita dah bincang dengan pihak stadium tadi (semalam) dan tempoh tiga atau empat hari ditutup, ia tidak akan menjejaskan rumput dan pelapik akan dibuka terus sebaik konsert selesai. Itu prosedur biasa," katanya.
Anda sedang membaca artikel tentang
FAM batal beri ganjaran RM1,000
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/06/fam-batal-beri-ganjaran-rm1000.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
FAM batal beri ganjaran RM1,000
namun jangan lupa untuk meletakkan link
FAM batal beri ganjaran RM1,000
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar