Kuala Lumpur: Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 disingkap secara rasmi yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam suasana sederhana tetapi meriah di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN) malam tadi.
Saya amat berbangga kerana SUKMA sudah melahirkan ramai jaguh yang berjaya mengharumkan nama negara di pentas dunia, malah ada antara mereka yang bergelar atlet nombor satu dunia seperti Lee Chong Wei (badminton), Nicol David (skuasy), Azizulhasni Awang (basikal trek), Shalin Zulkifli (boling) dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (badminton)," Tan Sri Muhyiddin Yassin
"Menerusi penganjuran SUKMA, atlet muda daripada hampir 50 jenis sukan yang terdapat di negara ini berpeluang untuk menonjol dan mengukuhkan bakat mereka sebelum bertanding di pentas antarabangsa.
"Saya amat berbangga kerana SUKMA sudah melahirkan ramai jaguh yang berjaya mengharumkan nama negara di pentas dunia, malah ada antara mereka yang bergelar atlet nombor satu dunia seperti Lee Chong Wei (badminton), Nicol David (skuasy), Azizulhasni Awang (basikal trek), Shalin Zulkifli (boling) dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (badminton)," kata Muhyiddin.
Khairul, Cai Lin nyala obor
Turut hadir pada majlis perasmian malam tadi ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Wilayah Persekutuan Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Besar Perlis, Azlan Man, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tunku Tan Sri Imran Tunku Ja'afar dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong.
Pada majlis perasmian malam tadi, ia bermula dengan perarakan masuk kontinjen membabitkan 14 negeri yang mengambil bahagian sebelum disusuli dengan persembahan kawad senyap daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan seterusnya tarian daripada 150 pelajar Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Nenas.
Acara diteruskan dengan ucapan Khairy diikuti ucapan perasmian daripada Muhyiddin sebelum majlis menaikkan bendera SUKMA, seterusnya bacaan ikrar diwakili atlet renang berirama, Katrina Ang Abdul Hadi, wakil pegawai teknikal, Mejar Khalid Hamzah dan wakil sukarelawan, Muhammad Syazwan Zainan.
Seterusnya, upacara membawa masuk obor dibawa oleh Olahragawan dan Olahragawati SUKMA 2012, Abdul Mubin Rahim dari Terengganu dan Frenceay Titus (Sabah) sebelum diserahkan kepada Olimpian negara, Khairul Anuar dari sukan memanah dan Khoo Cai Lin (renang) bagi dinyalakan sebagai simbolik temasya SUKMA ke-16 bermula.
Anda sedang membaca artikel tentang
'SUKMA lahir bintang dunia'
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/06/sukma-lahir-bintang-dunia.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
'SUKMA lahir bintang dunia'
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar