'Aksi padang tiruan sukar'

Written By Unknown on Kamis, 20 Juni 2013 | 15.23

Pemain Johor DT perlu di tahap kecergasan tinggi: Andrezinho

Johor Bahru: Kelicikan Andre Francisco Da Silva menguasai jentera tengah menjadi taruhan terbaik kepada Johor Darul Takzim (DT) apabila bertandang ke Stadium Jalan Besar, Sabtu ini dalam menghadapi perlawanan penting menentang pendahulu Liga Super, Lions XII.

Pemain dari Brazil itu yang sinomin dengan panggilan Andrezinho mengakui sukar beraksi di padang rumput sintetik tetapi bertekad mempamer aksi terbaik memburu kemenangan buat skuad Harimau Selatan sekali gus meranapkan rekod tanpa kalah Lions XII yang begitu gah di laman sendiri.

"Sukar beraksi di padang rumput tiruan, bola cukup laju dan lantunan juga mengelirukan. Jadi setiap pemain perlu berada di tahap kecergasan yang memuaskan kerana faktor padang rumput tiruan sukar untuk beraksi berbanding padang rumput biasa.

"Apa pun latihan di Stadium Kluang sejak Selasa lalu beri kesan positif apabila semua pemain sudah mula tunjuk keserasian namun perlu beri sepenuh tumpuan pada latihan yang diharungi dan saya yakin sebelum perlawanan, semua pemain sudah bersedia," katanya semalam.

Percaya kebolehan Safiq

Perlawanan kedua-dua pasukan itu penting kerana kemenangan akan mencerahkan peluang Lions XII untuk melakar sejarah menjulang kejuaraan Liga Super buat julung kali dan kekalahan buat pendahulu itu akan membolehkan JDT merapatkan jurang mata kepada satu mata.

Andrezinho berkata, dia juga masalah tiada bergandingan bersama Safiq Rahim seandainya kapten Harimau Malaya itu diturunkan bagi menggantikan Jasazrin Jamaluddin yang terpaksa diketepikan akibat penggantungan satu perlawanan.
"Saya yakin dengan kemampuan Safiq kerana dia mempunyai kelebihan tersendiri terutama pengawalan bola yang menarik dan bijak mencipta ruang menerusi umpanan tepat kepada barisan serangan selain memilik kelebihan menerusi sepakan percuma," katanya.


Anda sedang membaca artikel tentang

'Aksi padang tiruan sukar'

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/06/aksi-padang-tiruan-sukar.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

'Aksi padang tiruan sukar'

namun jangan lupa untuk meletakkan link

'Aksi padang tiruan sukar'

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger