Gurusamy selamatkan maruah Selangor

Written By Unknown on Sabtu, 22 Juni 2013 | 15.23

Shah Alam: "Memang saya cukup yakin ketika melangkah untuk mengambil sepakan percuma itu dan apa yang saya buat ketika sesi latihan menjadi. Saya bangga dapat sumbang gol kemenangan untuk bantu Selangor terus kekal bersaing."

Itu kata penjaring gol kemenangan Selangor, K Gurusamy apabila sepakan percumanya pada masa kecederaan membolehkan Selangor menewaskan Tentera 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Selangor biarpun kekal di tangga keempat, sudah menyamai jumlah 33 mata dikumpul Tentera di tangga ketiga tetapi dipisahkan perbezaan gol dengan saingan berbaki tiga perlawanan.

Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim jelas lega apabila berjaya juga meraih kemenangan meskipun terpaksa beraksi tanpa penjaring utama, Francis Forkey Doe yang digantung satu perlawanan.

Keputusan adil

"Saya rasa ini keputusan adil buat kami. Apabila kami dibolosi pada penghujung babak pertama, kami dapat tebus dengan gol kemenangan pada penghujung babak kedua. Harap kehadiran semula Forkey Doe, kami akan dapat meneruskan misi memburu tempat kedua atau ketiga liga," kata Irfan ketika ditemui selepas perlawanan.

Namun berbeza pula di kem Tentera apabila jurulatihnya, B Sathianathan jelas tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil, Shamsuddin Ibrahim melayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah kepada penyerang importnya, Marlon Alex James seawal minit ke-35.
"Kad kuning pertama (minit ke-22), itu saya boleh terima. Tapi kad kuning kedua, Marlon yang disiku terlebih dulu dalam perebutan bola dengan Nasriq Baharom. Tapi akibat hilang imbangan, dia memegang bola itu.

"Ia seterusnya membuatkan kami sukar terpaksa beraksi 10 pemain. Kekalahan ini memusnahkan impian kami untuk mencabar Lions XII merebut kejuaraan liga," tegas Sathianathan.

Selangor mendahului menerusi Amri Yahyah pada minit ke-39 tetapi Bruno Martelotto menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti selepas Adam Griffiths menjatuhkan Christie Jayaselan pada minit ke-45.


Anda sedang membaca artikel tentang

Gurusamy selamatkan maruah Selangor

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/06/gurusamy-selamatkan-maruah-selangor.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Gurusamy selamatkan maruah Selangor

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Gurusamy selamatkan maruah Selangor

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger