'Saya mahu temu orang berkuasa saja'

Written By Unknown on Kamis, 20 Juni 2013 | 15.23

Khairy mahu jumpa Tengku Abdullah buat keputusan hala tuju FAM

Putrajaya: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, semalam menetapkan syarat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya mahu mengadakan pertemuan dengannya - badan induk itu harus diketuai sekurang-kurangnya timbalan presiden iaitu Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Syarat Khairy itu bagi memastikan pertemuan bagi membincangkan masa depan dan hala tuju bola sepak negara itu tidak membuang masa kerana beliau sedar pegawai bawahan di FAM tidak mempunyai kuasa dalam membuat sebarang keputusan.

"Jika hendak mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, saya harap FAM sekurang-kurangnya diwakili oleh Tengku Abdullah. Kita hendak bincang mengenai masa depan bola sepak negara, jadi perlu ada seseorang yang ada kuasa membuat keputusan.

"Saya tidak mahu terus berkomunikasi dengan FAM menerusi akhbar. Sebab itu, saya juga mahu berjumpa dengan kepimpinan FAM tapi mereka perlulah diwakili orang yang ada kuasa dan barulah kita boleh putuskan segala perbincangan," kata Khairy ketika ditemui semalam.

Hamidin kawan baik

Semalam, media melaporkan mengenai kenyataan Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang tidak menolak kemungkinan ahli jawatankuasa eksekutif (Exco) badan induk itu akan mengadakan pertemuan dengan Khairy bagi memperjelaskan isu-isu berbangkit berhubung bola sepak negara.
Kenyataan Hamidin itu adalah reaksi terhadap laporan BH Sukan kelmarin apabila Khairy berkata, FAM perlu mendengar pandangan ahli gabungan yang berpengalaman sekiranya tidak mahu mendengar cakapnya yang dianggap sebagai 'menteri hingusan'.

Sindiran pedas Khairy itu sudah pasti memberi petanda jelas beliau turut menuntut FAM tampil memberi penjelasan ke mana wang tajaan RM30 juta setahun yang diterima badan induk bola sepak negara itu dibelanjakan.

"Hamidin kawan baik saya tetapi seperti yang saya katakan, ini membabitkan masa depan bola sepak negara, jadi adalah lebih baik pertemuan diadakan dengan mereka yang ada kuasa membuat keputusan," kata Khairy.


Anda sedang membaca artikel tentang

'Saya mahu temu orang berkuasa saja'

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/06/saya-mahu-temu-orang-berkuasa-saja.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

'Saya mahu temu orang berkuasa saja'

namun jangan lupa untuk meletakkan link

'Saya mahu temu orang berkuasa saja'

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger