Piya tak lupa 'sepakan ajaib'

Written By Unknown on Jumat, 03 Mei 2013 | 15.23

Kapten Kelantan tambah pakej diri jadi pakar sepakan penjuru

Kota Bharu: Selain kehebatan menghasilkan jaringan menerusi sepakan percuma, kapten Kelantan Badhri Radzi turut mahu menempa nama sebagai pakar sepakan penjuru.

Hasrat itu terbit selepas Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya mencipta jaringan di luar jangkaan apabila sepakan penjuru yang diambilnya terus menerjah ke dalam gawang tanpa ditampan pemain lain ketika berdepan kelab dari Myanmar, Ayeyawady United dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Selasa lalu.

Piya berkata, dia menganggap jaringan berkenaan sebagai jaringan terbaik sepanjang kerjayanya malah lebih manis apabila berjaya melakukan 'sepakan ajaib' itu di pentas antarabangsa dan turut mendapat perhatian media luar negara.

Jaringan luar biasa

Katanya, jaringan seperti itu pernah dilakukan beberapa tahun lalu ketika berdepan Perlis namun tidak menyangka dapat melakukannya sekali lagi pada tahun ini.

"Saya pernah melakukan jaringan daripada sepakan penjuru beberapa tahun lalu namun kali ini lebih istimewa kerana 'jaringan ajaib' ini dilakukan dalam saingan AFC.
"Bagi saya tiada yang mustahil untuk melakukan jaringan luar biasa dalam perlawanan bola sepak namun saya akui ia memerlukan latihan jitu," katanya pemain 30 tahun itu ketika dihubungi semalam.

Tambah pakej diri

Kini Piya bukan sekadar boleh digelar sebagai perancang berbisa The Red Warriors mahu pun pakar sepakan percuma namun pemain yang memakai jersi bernombor 16 itu menambah pakej dirinya sebagai pakar sepakan penjuru.

"Setiap pemain ada kemahiran masing-masing malah saya juga mahu meningkatkan prestasi dengan menggunakan pengalaman yang ada untuk mencipta kelainan dalam pasukan," katanya yang turut mensasarkan aksi kelayakan Piala Asia 2015 bersama skuad kebangsaan.


Anda sedang membaca artikel tentang

Piya tak lupa 'sepakan ajaib'

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/05/piya-tak-lupa-sepakan-ajaib.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Piya tak lupa 'sepakan ajaib'

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Piya tak lupa 'sepakan ajaib'

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger