Mickelson dahului pusingan kedua Kejuaraan Wells Fargo

Written By Unknown on Minggu, 05 Mei 2013 | 15.23

Charlotte (North Carolina): Pemain golf Amerika Syarikat (AS), Phil Mickelson melakukan put menarik untuk mencatat pukulan 5 bawah par 67 sekali gus memberinya kelebihan dua pukulan sejurus berakhir pusingan kedua Kejuaraan Wells Fargo, kelmarin.

Mickelson membuka tirai saingan dengan dua birdie hasil put pada jarak 15 kaki, melakukan put pada jarak 40 kaki sebelum melakukan birdie berturut-turut pada penghujung saingan untuk meletakkan namanya selaku pendahulu.

Lapangan Quail Hollow, yang terkenal dengan kesukaran sering menghasilkan green yang sukar selepas peralihan musim panas namun Mickelson yang hanya melakukan 50 put dalam dua pusingan, jelas satu statistik yang menakjubkan.

"Dengan mereka menjadi lebih perlahan, saya berjaya untuk melakukan put dengan lebih agresif," kata Mickelson, pemenang empat gelaran major. "Kami berjaya untuk menggunakan sedikit rehat tanpa bimbang dikejar.

"Saya melakukan kerja keras untuk meninggalkan put di atas bukit, yang membenarkan saya membuat put yang lebih agresif dan kurang rehat. Dan ia memberi banyak perbezaan dalam put saya."

McIlroy kongsi kedudukan

Buat kejohanan yang turut menghasilkan enam juara major dalam 10 tahun sejarah penganjurannya, tidak termasuk Mickelson, pemain berusia 42 tahun itu berjaya mencatat keseluruhan 9 bawah par 135 sekalipun beraksi bersama beberapa bintang dunia lain.
Nick Watney yang bermain bersama Mickelson pada dua pusingan awal nampak cekap, mengharungi hari tanpa bogey hingga lubang kesembilan untuk mencatat keseluruhan 7 bawah par 137, untuk menamatkan saingan di kedudukan kedua berkongsi dengan George McNeill (68) dan pemain Australia Scott Gardiner.

"Pemain yang dapat mengawal emosi akan dapat melakukan pukulan yang terbaik," kata pemain AS, McNeill. "Keadaan green memang akan memberi kesan kepada kamu. Kamu hanya perlu kekal positif.

"Kamu akan mendapat put yang baik dan kemudian terlepas, dan kamu mungkin akan mendapat put yang buruk namun ia masuk."

Dalam pada itu, pemain ranking nombor dua dunia, Rory McIlroy yang bergelut dengan kelajuan di green juga bangkit untuk mencatat 6 bawah par 138 berkongsi kedudukan ketiga bersama Lee Westwood dan Rod Pampling. - AP


Anda sedang membaca artikel tentang

Mickelson dahului pusingan kedua Kejuaraan Wells Fargo

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/05/mickelson-dahului-pusingan-kedua.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Mickelson dahului pusingan kedua Kejuaraan Wells Fargo

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Mickelson dahului pusingan kedua Kejuaraan Wells Fargo

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger