Mohd Badhri atau lebih mesra dengan panggilan Piya turut menegaskan selain menghadiahkan kemenangan itu kepada Annuar, tiga mata dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV itu penting buat The Red Warriors (TRW) memperbaiki kedudukan dalam liga.
"Tahniah kepada Tan Sri (Annuar Musa) yang berjaya memenangi kerusi Parlimen Ketereh dan saya selaku kapten TRW akan cuba memberi kemenangan kepada Kelantan untuk perlawanan malam ini sebagai hadiah berganda buat beliau.
Peluang tipis
"Selain itu, kemenangan penting untuk pasukan membaiki kedudukan dalam liga untuk sekurang-kurangnya berada dalam kelompok lima pasukan terbaik," katanya semalam.
Selain itu, Piya mengakui peluang untuk TRW mengekalkan kejuaraan liga yang dimenangi musim lalu semakin tipis kerana Kelantan kini menduduki tempat kesembilan liga dan ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu liga, Lions XII.
"Memang tidak dinafikan peluang untuk kami mengejar kejuaraan liga musim ini semakin mustahil, namun apa saja boleh berlaku dan kami akan berjuang sehingga ke perlawanan terakhir.
"Musim ini adalah musim paling sukar buat kami kerana kebanyakan pasukan kuat, ditambah pula dengan jadual yang padat," katanya.
Saya harap seluruh penyokong TRW terus memberi sokongan padu kepada Kelantan," katanya.
Anda sedang membaca artikel tentang
Hadiah untuk Annuar: Piya
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/05/hadiah-untuk-annuar-piya.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Hadiah untuk Annuar: Piya
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar