Johor Bahru: Johor tetap akan beri tentangan sengit kepada pendahulu liga, Sime Darby FC dan Sarawak sehingga ke aksi terakhir saingan Liga Perdana bagi memastikan tiket automatik ke Liga Super musim depan menjadi milik pasukan yang bergelar Merah Biru itu.
Ia disuarakan jurulatih, Azmi Mohamad yang menganggap tidak mustahil untuk Johor melakar kejutan walaupun jarak mata antara skuad Merah Biru dengan Sime Darby FC tampak agak jauh tatkala pasukan kelab dari Lembah Klang itu sudah mengumpul 36 mata manakala Johor mengutip 28 mata manakala Sarawak di tangga kedua dengan 34 mata.
"Dalam bola sepak apa jua boleh berlaku dan saya optimis tidak mustahil untuk Johor melonjak ke tangga teratas liga memandangkan ada baki lapan lagi aksi liga dan pertembungan Sarawak dan Sime Darby, 10 Mei ini pasti menjadi penentu sama ada Johor mampu mengambil kesempatan dari keputusan kedua-dua pasukan itu.
"Apa pun kita juga perlu berhati-hati dalam baki perlawanan saingan liga dan elak dari keciciran mata dan saya anggap persembahan pemain ketika menewaskan NS Betaria, baru-baru ini cukup memberangsangkan malah kelibat pemain baru, Ezzaquel Gallegos beri impak kepada Johor.
"Saya anggap pemain import dari Argentina itu sudah lulus ujian selepas beraksi konsisten dan bijak merencana strategi terutama umpanan bola kepada rakan begitu menarik. Apa pun dia perlu tingkatkan lagi tahap kecergasan dan saya yakin pemain itu akan mula serasi dengan corak permainan Johor," katanya.
Anda sedang membaca artikel tentang
Johor masih pasang impian
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/05/johor-masih-pasang-impian.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Johor masih pasang impian
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar