Messi bantu Barca bangkit selepas pulih

Written By Unknown on Selasa, 07 Mei 2013 | 15.23

Madrid: Lionel Messi yang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan dua gol untuk membantu kemenangan Barcelona 4-2 di laman sendiri menentang Real Betis, sekali gus The Catalan semakin menghampiri kejuaraan La Liga.

Pemain Terbaik Dunia itu yang tidak beraksi ketika pasukan itu tersingkir pada separuh akhir Liga Juara-Juara kepada Bayern Munich, Rabu lalu, akibat kecederaan hamstring, masuk pada minit ke-56 ketika kedudukan seri 2-2.

Pemain Argentina itu menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan ke-16 buatnya bagi mengumpul keseluruhan 46 gol musim ini, hanya empat gol lagi untuk menyamai rekod jaringannya musim lalu.

Perlu 2 mata

Barca memperoleh 88 mata dengan saingan berbaki empat perlawanan, 11 mata di depan pasukan di tempat kedua, Real Madrid yang menewaskan Real Valladolid 4-3.

Pasukan Tito Vilanova yang hanya memerlukan dua mata lagi untuk kejuaraan keempat liga dalam tempoh lima tahun, mampu menjulang trofi pada Rabu ini jika Real gagal menang di laman sendiri ketika menentang Malaga.

"Kami perlu berfikir yang kami perlu dua mata lagi kerana Madrid berkemungkinan mengumpul semua mata," kata Vilanova.
Bekas pembantu Pep Guardiola itu mempertahankan keputusan pengurusan terhadap tidak menggunakan khidmat Messi semasa menentang Bayern, minggu lalu.

"Jika kami tidak menguruskannya, dia berkemungkinan tidak dapat bermain menentang Betis untuk membantu kami. Dia kekurangan kecergasan kerana dia sudah lama tidak berlatih dalam sebulan setengah," katanya. - Reuters


Anda sedang membaca artikel tentang

Messi bantu Barca bangkit selepas pulih

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/05/messi-bantu-barca-bangkit-selepas-pulih.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Messi bantu Barca bangkit selepas pulih

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Messi bantu Barca bangkit selepas pulih

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger