Pemain AS pertama bergelar pemain nombor satu dunia, Couples mula sebak apabila bercerita mengenai bagaimana dia mendapat motivasi untuk meneruskan kerjaya sebagai pemain golf ketika menghadiri klinik golf di Seattle pada usia 14.
Mentor kesayangan saya
"Salah seorang pemain Jelajah PGA hebat mengendali klinik berkenaan, dan saya tampil ke depan sambil merenung kepadanya," kata Couples, 53. "Saya tidak terfikir untuk menjadi sepertinya tetapi saya hanya mahu terbabit dalam sukan ini.
"Nama pemain itu ialah Lee Trevino, seorang mentor dan orang yang saya sayangi." Perjalanan kerjaya golf Couples membawanya dari Seattle ke Universiti Houston dan dia mula mencipta reputasi sebagai pemain yang mempunyai gaya hayunan tersendiri dan digelar 'Boom Boom'.
Major kelima
Gelaran major tunggal diperoleh pada Masters 1992, tetapi Couples turut meraih kejuaraan di Kejuaraan Players pada 1984 dan 1996 - kejohanan yang dianggap sebagai major kelima tidak rasmi.
Veteran lima Piala Ryder itu menerajui pasukan Piala Presiden AS sebanyak dua kali pada 2009 dan 2011, dan merakam lapan kemenangan dalam Jelajah Juara untuk pemain berusia lebih 50.
"Terima kasih kerana meletakkan nama seorang lelaki dari Seattle ke dalam Dewan Kemasyhuran," kata Couples mengakhirinya ucapannya. "Ini adalah malam terbaik dalam hidup saya." Montgomerie, walaupun tanpa kejuaraan major, gembira namanya turut tersenarai hasil 31 kejuaraan dalam Jelajah Eropah. - REUTERS
BIODATA:
Frederick Steven Couples
Gelaran: Boom Boom
Lahir: 3 Oktober 1959
Asal: Seattle, Washington
Kerjaya pro: 1980
Kejuaraan: 55
Jelajah PGA: 15 kejuaraan
Jelajah Eropah: 3
Jelajah Juara-Juara: 8
Lain-lain: 30
Major: 1 (Masters 1992)
Colin Stuart Montgomerie
Gelaran: Monty
Lahir: 23 Jun 1963
Asal: Glasgow, Scotland
Kerjaya pro: 1987
Kejuaraan: 40
Jelajah Eropah: 40 (keempat tertinggi)
Major: Tempat kedua Terbuka AS 1994, 1997 dan 2006, tempat kedua Terbuka British 2005 dan tempat kedua Kejuaraan PGA 1995
Anda sedang membaca artikel tentang
Golf: Couples, Montgomerie sertai Dewan Kemasyhuran
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/05/golf-couples-montgomerie-sertai-dewan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Golf: Couples, Montgomerie sertai Dewan Kemasyhuran
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Golf: Couples, Montgomerie sertai Dewan Kemasyhuran
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar