Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Ashari ledak dua gol Penyu

Written By Unknown on Minggu, 24 Februari 2013 | 15.23

Kuala Terengganu: Penyerang Terengganu, Ashari Shamsuddin muncul wira apabila dua golnya membantu skuad Penyu membenam Tentera 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang semalam.

Lebih manis, pemain berusia 28 tahun itu menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan, hasil rembatan deras dari luar kotak penalti.

Pemain yang lebih mesra dengan panggilan 'Saha' itu turut membantu Mohamad Khairul Ramadhan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-28 selepas melakukan hantaran cantik.

Bagaimanapun, penyerang import Tentera, Marlon Alex James menyamakan kedudukan 1-1 dengan menanduk masuk tendangan sudut pada minit ke-74.

Saha sekali lagi menjaringkan gol menerusi sepakan kencang ketika kelam kabut dalam kotak penalti pada minit ke-80, selepas pertahanan kiri Terengganu, Zubir Azmi menyempurnakan tendangan sudut.

Seminit sebelum perlawanan berakhir, pemain pelawat, D Christie Jayaselan menceriakan sekumpulan kecil penyokong setia The Gladiator yang hadir apabila menjaringkan gol menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti menewaskan penjaga gawang gantian tuan rumah, Wan Azraei Wan Teh.

Kemenangan itu menceriakan pengendali Penyu, E Elavarasan yang begitu berpuas hati dengan corak permainan yang dipamerkan anak buahnya biarpun beraksi tanpa dua awang import, Vincent Bikana dan Effa Owana.
"Ini yang kita mahukan kerana tidak kira siapa yang diturunkan, mereka mampu menggalas tugas yang diberikan. Saya harap mereka mengekalkan rentak ini untuk perlawanan seterusnya.

"Saya kagum dengan pemain yang begitu menunjukkan komitmen dan semangat yang jitu untuk meraih kemenangan. Kejayaan ini juga akan membantu mereka lebih bersemangat sebelum menghadapi Piala FA nanti," katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Tentera, B Sathianathan sukar menerima keputusan itu dan menyifatkan anak buahnya mempamerkan permainan teruk.

"Apa pun, tuan rumah wajar menang pada perlawanan ini kerana mereka bermain cukup baik daripada kita," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

TRW gagal ambil peluang

Kuantan: Kelantan melepaskan peluang untuk memungut tiga mata biarpun Pahang beraksi dengan 10 pemain apabila kedua-dua pasukan seri 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Darulmkamur, malam tadi.

Walaupun berbaki 30 minit, skuad kendalian Bojan Hodak gagal melakukan penyudah dengan baik untuk merobek benteng Pahang yang kelihatan pincang pada sebelah kiri.

Terdahulu, Kelantan jelas menguasai permainan dan ia dapat disaksikan apabila Keita Mandjou hampir meletakkan pasukannya di depan tetapi tendangannya melepasi palang tuan rumah seawal minit kedua.

Berjaya ditepis keluar

Begitu juga pada minit keenam, Indra Putra Mahyuddin turut memiliki peluang tetapi sepakan kencangnya berjaya ditepis keluar penjaga gol Pahang, Mohd Nasril Nourdin.

Akhirnya penyerang kebangsaan, Norfarhan Muhammad mengubah kedudukan 1-0 apabila tandukannya menerjah gawang untuk menewaskan Nasril pada minit kelapan.

Tuan rumah turut mempunyai peluang keemasan tetapi R Gopinathan dan Mohd Fauzi Rozlan, gagal membolosi gawang lawan masing-masing pada minit ke-20 dan 28.
Impian tuan rumah untuk menyamakan kedudukan menjadi kenyataan apabila pemain tengah, Mohd Hafiz Kamal muncul penjaring pada minit akhir separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan begitu bersungguh-sungguh untuk mendahului lawan masing-masing hingga mencetuskan ketegangan biarpun tuan rumah mempunyai banyak peluang.

Bagaimanapun, pada minit ke-61, tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Hafiz dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain pertahanan Kelantan, Mohd Zamri Ramli.

Biarpun kekurangan seorang pemain, Pahang dilihat tidak menghadapi masalah untuk mengasak kubu lawan manakala Kelantan turut berusaha melepasi pertahanan tuan rumah tetapi ia tidak berhasil.

Pada minit ke-83, tandukan Mandjou menjaringkan gol kedua buat pasukannya tetapi selang seminit kemudian, Fauzi menyamakan kedudukan 2-2 hasil sepakan penalti untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.


15.23 | 0 komentar | Read More

Rasuah: KBS sedia bantu AFC

Judi bola sepak juga perlu dibanteras: Ahmad Shabery

Kuala Terengganu: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia memberi bantuan dan kerjasama kepada Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) bagi menangani gejala rasuah dan judi bola sepak serantau.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar), berkata rasuah dan judi bola sepak adalah jenayah yang merentasi sempadan dan tidak boleh bergantung harap kepada sebuah negara saja bagi menangani gejala itu.

Katanya, tindakan AFC yang menubuhkan pasukan bertindak untuk memerangi dan membanteras rasuah bola sepak dan mengatur keputusan perlawanan adalah sangat wajar.

"AFC telah mengambil langkah yang wajar dan kita bersedia membantu bila-bila masa yang diperlukan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan Baucar Buku 1Malaysia dan Pelancaran IM4U Outreach Centre di Universiti Sultan Zainal Abidin di sini.

Katanya, judi bola sepak pada kebiasaannya beroperasi melalui Internet dan ada sebahagian sistem yang digunakan agak rumit dan memerlukan kepakaran pihak polis antarabangsa bagi menanganinya.

Mampu dilumpuhkan

Ahmad Shabery berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang tegas dalam soal membanteras rasuah dan pertaruhan bola sepak yang dengan kerjasama semua pihak ia mampu dilumpuhkan.
"Jika perkara seperti ini berleluasa di negara kita, orang ramai akan hilang kepercayaan sekali gus boleh merosakkan industri bola sepak tanah air.

"Negara lain juga turut menghadapi perkara yang sama, namun Malaysia belum sampai ke peringkat yang lebih parah," katanya.

Kelmarin, AFC dilapor menubuhkan pasukan bertindak untuk memerangi dan membanteras gejala rasuah bola sepak dan mengatur keputusan perlawanan.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Alex Soosay dalam satu kenyataan berkata pasukan bertindak itu akan bekerjasama dengan semua pemegang kepentingan dan memberi tunjuk ajar kepada ahli gabungan AFC mengenai cara membanteras amalan berkenaan dengan memperkenalkan mekanisme memeranginya.

Awal bulan ini, agensi anti jenayah Eropah menyatakan keputusan ratusan perlawanan bola sepak sudah diatur di seluruh dunia melalui sindiket di Singapura.

BERNAMA


15.23 | 0 komentar | Read More

'Pengadil tidak teruk'

Mutu pengadilan Liga-M berada pada tahap normal, kualiti akan ditingkatkan

Kuala Lumpur: Mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M) masih berada pada tahap normal, ia tidak cemerlang dan juga tidak teruk, kata Ahli Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Subkhiddin Mohd Salleh.

Sehubungan itu, guru berusia 47 tahun yang bersara sebagai pengadil pada 2011 selepas menjadi pengadil simpanan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan itu berkata, semua pihak perlu bersikap positif untuk sama-sama membantu meningkatkan kualiti pengadil tempatan, bukan terus mencerca mereka.

"Pada pendapat saya, mutu pengadil kita masih normal.. cemerlang tidak, teruk pun tidak.

"Walaupun mungkin ada satu atau dua pengadil yang lemah, kita tetap perlu beri sokongan supaya mutu pengadilan yang ada terus meningkat dari semasa ke semasa," katanya kepada BH Sukan, semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai mutu pengadilan Liga-M dilihat semakin hari semakin menimbulkan persoalan apabila keputusan pengadil dalam beberapa perlawanan didapati agak 'mengarut', sekali gus menjurus kepada insiden pergaduhan pemain, selain penyokong yang marah membaling objek ke dalam padang.

Kemuncak kepada isu itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, membidas mutu pengadilan Liga-M yang disifatkan belum mencapai tahap profesional.

Dapatkan naskhah BH Ahad hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

Rasuah: AFC tubuh pasukan bertindak

Written By Unknown on Sabtu, 23 Februari 2013 | 15.23

Singapura: Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) semalam menubuhkan pasukan bertindak untuk memerangi dan membanteras rasuah bola sepak dan mengatur keputusan perlawanan, sehari selepas persidangan anjuran Polis Antarabangsa (Interpol) di Kuala Lumpur.

Setiausaha agung AFC, Datuk Alex Soosay dalam satu kenyataan berkata pasukan bertindak itu akan bekerjasama dengan semua pemegang kepentingan dan memberi tunjuk ajar kepada ahli gabungan AFC mengenai cara membanteras amalan berkenaan dengan memperkenalkan mekanisme memeranginya.

"Dengan menubuhkan pasukan bertindak ini, kita akan menyelaraskan pendidikan, latihan dan pelaksanaannya melalui satu platform," katanya.

Dengan menubuhkan pasukan bertindak ini, kita akan menyelaraskan pendidikan, latihan dan pelaksanaannya melalui satu platform" Alex Soosay Setiausaha Agung AFC


Awal bulan ini, agensi anti jenayah Eropah menyatakan keputusan ratusan perlawanan bola sepak sudah diatur di seluruh dunia, melalui sindiket di Singapura.

Ia menyatakan kira-kira 680 keputusan perlawanan adalah meragukan, termasuk pusingan kelayakan Piala Dunia dan kejohanan Eropah serta Liga Juara-Juara Eropah.

Khamis lalu, polis Itali menahan seorang bekas pemain berusia 31 tahun dari Slovenia yang dikaitkan dengan ketua sindiket yang mengatur perlawanan, selepas bekas pemain itu tampil menyerah diri. - Reuters


15.23 | 0 komentar | Read More

SSTMI Jr lakar kejutan

Liga Hoki Remaja 2013

Kuala Lumpur: Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Junior (SSTMI Jr) melakar kejutan apabila melakar kemenangan ke atas pasukan pilihan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 4-3 dalam pusingan pertama suku akhir Piala Milo di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

MBPJ tercicir 4-1 sebelum berjaya mengurangkan jurang jaringan sekali gus mengembalikan semula harapan mereka pada pusingan kedua, esok.

Thunderbolt, UniKL menang besar

Jaringan SSTMI Jr dihasilkan Firdaus Musa pada minit ke-17 sebelum gol oleh Danial Asyraf Abdul Ghani (m-40 dan 44) dan Muhammad Luqman Hakim Mohamad Asri pada m-49.

Jaringan MBPJ pula dilunaskan Mohamad Hafify Mohd Rodzi (m-30) sebelum gol sendiri oleh pemain SSTMI Jr pada minit ke-58 dan Shahiram Zali pada minit ke-65.

Dalam perlawanan di Johor Bahru, SSTMI Thunderbolt beraksi garang menewaskan juara Divisyen Dua, Sekolah Sukan Kuala Lumpur (SSKL) 4-0 sementara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) membenam Sekolah Tinggi Melaka (MHS) 7-0.
"Memikirkan SSKL sebelum ini menamatkan saingan kumpulan tanpa keciciran mata, kami jangkakan ia adalah perlawanan sukar. Tetapi pemain saya berjaya mengawal situasi sejak dari awal dan dengan empat jaringan itu, pusingan timbal balik akan menjadi lebih mudah," kata jurulatih SSTMI Thunderbolt, Wan Roslan Wan Rahman.

Keputusan
SSTMI Jr 4 MBPJ 3
UniKL 7 MHS 0
SSTMI Thunderbolt 4 SSKL 0
MBI Anderson 5 PHK-MSS Kelantan 1


15.23 | 0 komentar | Read More

MSN terima alasan lantik ejen kendali aksi Harimau Muda A

Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara (MSN) menerima penjelasan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tinggi melantik ejen bagi menguruskan perlawanan persahabatan antara skuad Harimau Muda A dengan beberapa kelab di Australia, baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zolkples Embong, berkata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sudah memberi penjelasan dalam pertemuan minggu lalu dan MSN menerima alasan yang diberikan.

"Kalau kita nak ke negara Asia lain mungkin tidak ada masalah tetapi kalau ke negara seperti Australia yang ranking lebih tinggi dari Malaysia, memang kita memerlukan ejen untuk menguruskan perlawanan persahabatan.

"Kos memang tinggi kerana ejen juga memerlukan keuntungan. Apa yang penting matlamat Harimau Muda A mengadakan perlawanan persahabatan di Australia tercapai," katanya ketika dihubungi semalam.

Babit kos cukup tinggi

Baru-baru ini, BH Sukan melaporkan sesi latihan skuad kendalian Ong Kim Swee seolah-olah ditipu ejen apabila sekadar bertemu pasukan B-18 Akademi Sukan Queensland, bukan seperti jadual asal, juara bertahan Liga Australia, Brisbane Roar.

Rentetan itu, ia menimbulkan persoalan, adakah berbaloi penggunaan ejen yang membabitkan kos yang cukup tinggi dalam menguruskan latihan pasukan negara sepanjang dua minggu berada di Australia?
Mengulas kejadian itu, Zolkples berkata ia seperti menjadi adat, pasukan lebih baik tidak mahu melayan apa juga hasrat skuad negara yang jelas berada di ranking terkebawah berbanding Australia.

"Masa perlawanan persahabatan dengan Australia lalu, kita kalah 5-0 dan semestinya orang sudah tahu kemampuan kita. Ia sama juga kalau pasukan hoki Myanmar yang berada di ranking lebih rendah mahu menentang Malaysia, adakah kita sedia penuhkan permintaan itu?," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger