Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Stadium Perak dapat lampu limpah baru

Written By Unknown on Sabtu, 02 Februari 2013 | 15.23

Ipoh: Teka teki mengenai permulaan kerja meningkatkan pencahayaan di Stadium Perak berakhir dengan persetujuan kontraktor terbabit melaksanakan kerja itu mulai semalam.

Berita gembira buat peminat Seladang itu disampaikan oleh Datuk Bandar, Bandaraya Ipoh, Datuk Roshidi Hashim di Ipoh, petang semalam.

"Sukacita saya memaklumkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sudah mendapat kontraktor bertauliah bagi memasang lampu limpah baru di Stadium Perak.

"Kerja-kerja akan dimulakan segera dan dijangka siap pada 22 April depan," katanya pada sidang media di Bangunan MBI.

Roshidi berkata, apabila siap nanti cahaya di Stadium Perak akan ditingkatkan kepada 1,400 Lux yang melebihi kehendak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Katanya, MBI berjaya mendapatkan pinjaman bernilai RM4.5 juta daripada kerajaan negeri bagi memasang lampu jenama Gruppe keluaran Itali serta menukar menara lampu limpah itu kepada jenis galvanised.

"Kerja menukar tiang ini akan memakan masa yang lama. Malah kerja hanya dapat dijalankan pada sebelah malam demi keselamatan awam kerana terdapat gerai makan di bahagian belakang stadium.

Tukar tiang lama

"Kami tidak mahu mengambil sebarang risiko ketika menurunkan tiang lama dan ketika menegakkan tiang baru itu nanti," katanya.

Sehubungan itu, Roshidi berharap peminat Perak yang sebelum ini kurang senang berikutan kelewatan kerja dimulakan bersabar dan terus memberi sokongan kepada pasukan walaupun terpaksa membuat perjalanan ke Stadium TLDM, Lumut.

"Kami mahu memberikan yang terbaik kepada peminat serta Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

"Justeru, MBI sanggup berhutang kepada kerajaan negeri untuk meningkatkan cahaya lampu di Stadium Perak," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Pemain Harimau Muda A diminta baiki kelemahan

Biarpun menang kedua-dua perlawanan sebelum ini, pemain Harimau Muda A diingatkan supaya memperbaiki kelemahan yang ada, pada aksi persahabatan ketiga menentang kelab divisyen dua Australia, Brisbane Olympic di Stadium Goodwin Park, Brisbane, petang ini.

Jurulatih, Ong Kim Swee berkata masih terdapat kelemahan terutama dari segi pergerakan bola dari bahagian pertahanan ke bahagian depan yang dianggap perkara utama perlu diperbaiki selepas menilai dua aksi sebelum ini.

Waktu bermain sama

"Tiada banyak yang boleh saya lakukan dalam satu sesi latihan hari ini (semalam) memandangkan esok (hari ini) sudah perlawanan. Cuma harap pemain lebih faham mengenai apa yang saya tunjukkan tadi dan melakukannya pada perlawanan nanti.

"Mengenai susunan pemain, seperti yang saya katakan sebelum berlepas ke Australia, semua 25 pemain yang dibawa ini akan mendapat waktu bermain yang sama banyak.

"Sekarang bukan kesebelasan utama menjadi keutamaan, apa yang mustahak ialah untuk melihat pemain-pemain baru mampu beraksi di peringkat lebih tinggi," kata Kim Swee ketika ditemui selepas sesi latihan di Kompleks Sukan Carrara, Gold Coast, semalam.

Banyak pilihan
Skuad Harimau Muda A menang 5-1 ke atas Palm Beach Sharks, Sabtu lalu disusuli kemenangan 2-1 ke atas Brisbane Lions, Rabu lalu dan bakal menamatkan kunjungan ke Australia bertemu kelab liga utama Australia, Brisbane Roar, Selasa ini.

Dalam pada itu, Kim Swee kini sedang menilai gandingan tengah terbaik yang boleh dipertaruhkannya memandangkan terdapat ramai pemain berpotensi di posisi berkenaan.

"Saya mempunyai Irfan Fazail, Adam Nor Azlin, Syahid Zaidon, Saiful Ridzuan Selamat, Kenny Pallraj, D Saarvindran, S Sivanesan dan juga Gary Steven Robbat yang ketika ini cedera. Banyak pilihan dan siapa saja boleh saya ambil jika ada pemain utama yang cedera," ujarnya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Shahidan letak dua jawatan dalam FAM

Kangar: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim meletak jawatan dalam dua jawatankuasa kecil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas menerima surat pertuduhan daripada badan induk itu, semalam.

Surat mengandungi tiga pertuduhan mengikut Artikel 88 Statut FAM itu ditandatangani Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Shahidan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) ketika ditemui mengakui menerima surat pertuduhan terbabit dan tidak akan menjawabnya.

"Memandangkan FAM tidak boleh ditegur, saya putuskan untuk lepaskan jawatan saya sebagai Ahli Jawatankuasa Kewangan (AJK) FAM dan AJK Bola Sepak Wanita FAM.

Sudah hantar kepada FAM

"Saya sudah tandatangani surat peletakan kedua-dua jawatan itu sebaik tiba dari Gaza kelmarin dan ia sudah dihantar kepada FAM pagi tadi (semalam).

"Selain dua jawatan itu, saya bercadang untuk melepaskan jawatan Presiden PFA selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Jawatan itu akan saya serahkan kepada Menteri Besar Perlis," katanya.
Bagi pertuduhan pertama, beliau berdepan tindakan amaran keras, denda maksimum RM50,000 serta hukuman lain ditentukan Jawatankuasa Tatatertib mengikut Kod Tatatertib FAM kerana membuat kenyataan kepada media berkaitan hal ehwal pentadbiran FAM tanpa kebenaran mengikut Artikel 88 Status FAM.

Untuk pertuduhan kedua, beliau berdepan tindakan gantung keahlian minimum dua tahun dan denda maksimum RM10,000 susulan penyiaran artikel sama dengan mempunyai niat menghina atau mengaibkan, menjatuhkan atau mencemar imej mana-mana pegawai FAM.

Bagi pertuduhan ketiga pula, Shahidan melalui artikel sama dituduh membuat kenyataan bercanggah, mempertikaikan, mempersoalkan, atau fakta yang diberikan tidak tepat atau bercanggah atau salah dengan mana-mana keputusan badan persatuan mengikut Artikel 20 Statut FAM 2010-2014.

Bagi pertuduhan ini beliau berdepan hukuman gantung keahlian enam bulan dan denda RM8,000.

Surat berkenaan turut menyatakan Shahidan diberi tempoh sehingga jam 12 tengah hari 8 Februari ini untuk memberi maklum balas.


15.23 | 0 komentar | Read More

Nazmi kena beri penjelasan

Kuala Lumpur: "Saya mahu Nazmi (Faiz Mansor) tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar mengapa dia kembali ke negara ini," itu reaksi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad bagaikan tidak mengetahui langsung punca sebenar mengapa pemain kelab Beira Mar dari Portugal itu pulang mengejut ke Malaysia, semalam.

Azzuddin yang dihubungi meluahkan kekecewaannya kerana FAM tidak menerima sebarang maklumat sekalipun pihaknya sepatutnya mendapat penjelasan sebelum ia dapat dihidu pihak media.

Mengecewakan

"Saya tidak tahu menahu langsung mengapa dia pulang. Tiada sebarang maklumat langsung dari pihak kelab mahupun dari Nazmi sendiri. Setakat ini saya tiada perkembangan lanjut mengenainya. Apa yang mengecewakan saya ialah FAM menghantar Nazmi dengan cara baik tetapi ia berakhir begini."

Begitupun, berita yang diambil daripada laman web rasmi kelab Beira Mar, beiramar.pt pada 29 Januari lalu mengatakan kelab Portugal itu sudah berhubung dan mendapat persetujuan mengenai pinjaman selama enam bulan yang sudah dipersetujui kedua-dua pihak.

"Soal pulang terus atau pinjaman selama enam bulan dan pasukan mana dia akan beraksi semuanya di luar pengetahuan FAM," kata Azzuddin. "Oleh itu, saya mahu Nazmi tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar."

Nazmi, 19, menjadi pemain negara pertama yang berjaya menandatangani kontrak perjanjian selama tiga tahun bersama kelab Liga Divisyen Satu Portugal namun prestasinya setakat ini sekadar meletakkannya dalam skuad utama bawah 19 tahun pasukan itu.
Selain Nazmi, rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Ahmad Fakri Saarani turut menyertai kelab divisyen tiga Portugal, Atletico Sport Clube Reguengos.


15.23 | 0 komentar | Read More

Misi NS keluar dari zon corot: Shahurain

Written By Unknown on Kamis, 31 Januari 2013 | 15.23

Seremban: Misi keluar daripada kelompok terbawah carta liga menjadi sasaran utama skuad Negeri Sembilan sebaik saingan Liga Super kembali bersambung dengan bertemu Tentera di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, 16 Februari depan.

Sekalipun amat menyedari betapa tugas selepas ini lebih mencabar, skuad Hobin Jang Hobin bertekad untuk berusaha keras memperkemaskan lagi jentera pasukan bagi memastikan persembahan lebih baik dapat dipamerkan untuk merealisasikan kemenangan.

Pemain sayap kiri pasukan, Shahurain Abu Samah, berkata dia yakin peluang pasukan itu memperbaiki kedudukan dalam carta liga masih belum tertutup walaupun mengakui saingan liga semakin berliku dengan setiap pasukan masing-masing memperkemaskan jentera pasukan.

"Saya yakin peluang kami untuk mencabar pasukan lain belum tertutup kerana prestasi pasukan masih di tahap yang terbaik kerana kami hanya mengalami kekalahan tipis dalam tiga perlawanan sebelum ini. Jika kami dapat mengemaskan semula jentera pasukan, saya yakin kemenangan akan dapat dicapai," katanya, semalam.


15.23 | 0 komentar | Read More

‘Pelik, Raja tak senarai Piya’

Kota Bharu: Bekas pemain kebangsaan, Dali Omar menganggap tindakan Datuk K Rajagobal meminta Datuk M Karathu dan B Sathianathan menjawab bagi pihaknya punca tidak menyenaraikan kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi dalam skuad kebangsaan sebagai tidak profesional.

Menyifatkan tindakan itu sebagai pelik dan tidak masuk akal, Dali yang kini berusia 66 tahun berkata, Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya sepatutnya sudah lama menyarung jersi kebangsaan.

"Seharusnya beliau sendiri mengkaji kebolehan Piya dan perlu menjawab persoalan kenapa pemain itu tidak disenaraikan.

"Ketika saya menjadi penasihat teknikal pasukan Kelantan dulu pun saya sudah melihat bakat besar Piya dan dia boleh pergi jauh, namun dia tidak mendapat peluang menyumbangkan bakti kepada negara, itu merugikannya," katanya.

BH Sukan semalam melaporkan Karathu dan Sathianathan mempersoalkan tindakan Rajagobal yang mengaitkan nama mereka ketika diajukan soalan punca kegagalan jurulatih Harimau Malaya itu menyenaraikan Piya dalam skuad kebangsaan.

Mengulas lanjut, Dali berkata, kehebatan Piya sebagai tonggak penting membantu Kelantan mencipta kejuaraan tiga piala musim lalu bersama The Red Warriors (TRW) sememangnya tidak boleh disangkal.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood, berkata tindakan Rajagobal yang meminta Karathu dan Sathianathan menjawab bagi pihaknya punca Piya tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan disebabkan beliau kini tertekan dengan desakan ramai.
"Bagi saya, Rajagobal masih dibayangi kejayaan lampau dan beliau masih mengharapkan kepada pemain yang menaikkan nama beliau sehingga bergelar Datuk. Tapi kita harus ingat bola sepak kini sudah berubah dan kita perlu tengok kepada keadaan semasa," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Harimau mengganas lagi

Skuad B-23 negara, Harimau Muda A terus mengaum di bumi Kanggaru apabila mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam siri empat aksi persahabatan di Australia selepas menewaskan pasukan divisyen dua negara itu, Brisbane Lions 2-1 di Pusat Sukan dan Olahraga Queensland (QSAC), Brisbane, semalam.

Penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan mudah menolak masuk gol pertama Harimau Muda A seawal minit ketiga sebelum lawan menyamakan kedudukan, 11 minit kemudian.

Gol kemenangan dijaringkan Rozaimi Abd Rahman menerusi sepakan percuma menarik pada minit ke-39.

"Ternyata Brisbane Lions lebih kuat daripada Palm Beach Sharks tetapi perlu diingat yang saya juga membuat lima hingga enam pertukaran pemain berbanding kesebelasan yang menang 5-1 ke atas lawan pertama kita (Sabtu lalu).

"Walaupun mungkin ada yang kata lawan hanyalah pasukan divisyen dua Australia, bagi saya mereka tetap memberi kesukaran dengan fizikal yang tinggi, cuma dari segi teknikal dan disiplin, pemain kita lebih baik," kata pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee ketika dihubungi di Brisbane, malam tadi.

Dia turut gembira melihat semua pemain menunjukkan persaingan sengit sesama sendiri merebut tempat dalam kesebelasan utama menjelang Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember depan.

"Kesungguhan inilah saya mahu lihat di kalangan pemain. Perebutan tempat dalam kesebelasan masih terbuka," kata Kim Swee menjelang baki dua lagi perlawanan bertemu satu lagi kelab divisyen dua, Brisbane Olympic, Sabtu ini dan kelab liga utama Australia, Brisbane Roar, Selasa depan.


15.23 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger