Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Mat Yo bayar RM250,000 saja

Written By Unknown on Sabtu, 05 Januari 2013 | 15.23

Johor Bahru: Bayaran tebus kontrak yang akan dilunaskan penyerang Johor Darul Takzim, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ialah RM250,000, bukan RM400,000.

Pengesahan itu dibuat Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semalam.

Mat Yo tak pernah berdiam diri. Pemain Paling Bernilai itu sudah melantik peguam untuk melangsaikan hutang berkenaan mengikut ketetapan yang diputuskan Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), baru-baru ini.

Mengikut Artikel 39.2, jumlah maksimum yang ditetapkan kepada mana-mana pemain yang berpindah ke pasukan baru ialah RM250,000.

Agak pelik apabila Kelantan menuntut sehingga RM400,000. Justeru, saya nasihatkan penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa supaya jangan ambil kesempatan...kenapa hendak berlebih-lebih bila FAM kata bayar seperti yang ditetapkan maka itulah jumlah akan dibayar, katanya, semalam sebagai mengulas kenyataan Annuar kelmarin bahawa Mat Yo masih belum melunaskan hutang kepada KAFA selepas berpindah ke Johor Darul Takzim.

Bayaran sepatutnya dibuat dalam tempoh 30 hari selepas tarikh pendaftaran bersama pasukan baru, namun sehingga kini KAFA masih belum menerima bayaran daripada pemain berkenaan.

Tunku Ismail berkata, beliau membuat kenyataan ini kerana berasa terpanggil untuk membetulkan keadaan.
Apa yang PBNJ lakukan mengikut peraturan. Nasihat saya kepada Annuar janganlah politikkan bola sepak. Yang saya tahu, Mat Yo tidak menerima sebarang surat dari KAFA berhubung tuntutan tebus kontrak itu.

Sementara itu, Mat Yo berkata dia menyerahkan soal bayaran tebus kontrak berkenaan kepada peguam yang dilantik.

Saya tidak mahu ulas lanjut, biar peguam saya yang uruskan kerana tumpuan saya untuk memberi sepenuh komitmen pada persiapan Johor Darul Takzim menjelang pertemuan menentang Pahang, Selasa ini, katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

‘BAM jangan keras kepala’

Written By Unknown on Kamis, 03 Januari 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Jangan ikut kepala sendiri! Itu ingatan bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Elyas Omar kepada kepemimpinan badan induk itu berikutan tidak ada perubahan yang dilakukan terutama dalam memberi peluang dan pendedahan lebih banyak kepada pemain muda menyertai kejohanan besar.

Elyas yang menyokong teguran Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong supaya BAM bagi memberi peluang kepada pemain muda seperti Misbun Ramdan Misbun yang menjuarai Grand Prix (GP) Final Kebangsaan Ahad lalu, menyertai kejohanan besar berkata, sudah tiba masanya BAM menerima teguran MSN itu.

"Pada masa saya dulu jadi presiden (1985-1993), jarang sekali MSN sampai tahap tegur dan kalau ada pun saya pasti kami akan terima teguran itu dan membuat perubahan.

Tragedi negara

"Soal pemain ini, saya pernah jumpa beberapa pemain yang bagus tetapi akhirnya senyap terus kerana diketepikan. Pemain ini berkata mereka diketepikan tanpa diberi sebab dan ini memberi gambaran pengurusan yang lemah," katanya.

Elyas berkata, masalah pengurusan pemain ini menyebabkan negara tidak mampu melahirkan lebih ramai jaguh dunia dan baginya jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei bukanlah satu kejayaan yang boleh dibanggakan BAM, tetapi lebih kepada kegagalan badan induk itu.

"Bagi saya Chong Wei boleh memenangi Kejohanan Dunia dan menewaskan Lin Dan, tetapi dia sebenarnya tidak diuruskan dengan baik.
"Dia mempunyai kemampuan itu, tetapi akhirnya masalah pengurusan yang tidak baik menyebabkan dia gagal dan bagi saya ini adalah tragedi buat negara ini," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Bala tak kisah jumpa siapa

Petaling Jaya: Jurulatih skuad B-15 negara, S Balachandran tidak gentar bertemu pasukan mana sekalipun pada separuh akhir Piala Antarabangsa Frenz 2012 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya petang esok apabila mara selaku juara Kumpulan A selepas seri 1-1 dengan Frenz United Malaysia, malam kelmarin.

"Tak kisah jumpa siapa pun kerana semua empat pasukan dari Kumpulan B berpeluang sama rata. Lagipun, kami sudah bertemu tiga pasukan berbeza kekuatan, Slavia Praha (menang 5-0), Pilihan Incheon (menang 2-0) dan Frenz United Malaysia (seri 1-1).

"Jadi, apa yang lebih penting, kami perlu fokus pada kekuatan sendiri dan cuba meneruskan rentak yang sama sehingga tamat kejohanan," kata Balachandran pada sidang media selepas perlawanan, malam kelmarin.

Fokus kekuatan sendiri

Skuad B-15 negara tidak tampil dengan kekuatan sebenar apabila Balachandran mencuba beberapa pemain simpanan memandangkan mereka sudah pun layak awal selepas menang dua perlawanan terdahulu.
"Memang saya jangka ia perlawanan yang sengit kerana saya merehatkan beberapa pemain utama. Lagipun, sukar bertemu pasukan tempatan yang tahu corak kami berbanding pasukan luar. Kekurangan yang masih ada ialah kecergasan dan itu akan cuba pertingkatkan menjelang separuh akhir," jelasnya.

Belum tentu formasi

Sementara itu, jurulatih Frenz United Malaysia, Mat Dinos Talib gembira pasukannya turut mara ke separuh akhir untuk berdepan juara Kumpulan B di stadium sama, malam esok.

"Pergerakan pemain nampak semakin memuaskan. Mungkin pada dua perlawanan sebelum ini mereka sedikit gentar bertemu pasukan luar. Tapi semangat tinggi ditunjuk pemain pada perlawanan ini. Apapun, saya akan lihat siapa lawan di separuh akhir nanti sebelum menentukan formasi yang mahu digunakan," kata Mat Dinos.


15.23 | 0 komentar | Read More

Lions XII jadi pentas ujian Tok Gajah

Kuantan: Bertemu naib juara Liga Super musim lalu, Lions XII pada aksi persahabatan di Stadium Darulmakmur, malam ini adalah medan terbaik buat jurulatih Pahang, Dollah Salleh menyenaraikan kesebelasan utama untuk Liga Super yang mula membuka tirainya pada 8 Januari ini.

Namun, bekas pemain kebangsaan itu tidak mahu memikirkan keputusan perlawanan itu kerana ia lebih kepada menilai prestasi semasa terutama dari segi persefahaman.

Ketika ini, katanya anak buahnya tidak berada pada tahap terbaik kerana keadaan cuaca yang tidak menentu hingga menjejaskan latihan harian.

Jejas persiapan

"Hujan di bandar ini turut memberi kesan dalam persiapan Pahang menghadapi perlawanan pertama apabila bertemu Johor Darul Takzim pada 8 Januari nanti.

"Ia dapat disaksikan pada saingan Jemputan Empat Penjuru Piala Tunku Mahkota Johor baru-baru ini apabila tunduk 0-3 kepada Johor disebabkan tidak berada pada tahap terbaik," katanya semalam.

Bagaimanapun, Dollah berkata, pemainnya bangkit untuk membelasah kelab Singapura, Woodland Wellington 6-0 dan membuktikan mereka mampu memberi saingan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
"Namun, komitmen pemain kini amat ditagih dan mereka diharap berada pada tahap terbaik biarpun ada sesi latihan terpaksa dibatalkan pada saat akhir disebabkan hujan," katanya semalam.

Bayangan 11 pemain

Dollah turut mengesahkan dia sudah memiliki bayangan barisan 11 pemain terbaiknya tetapi masih ada ruang yang harus diperbaiki.

"Saya akui 11 pemain ini adalah yang terbaik tetapi mungkin dua daripada mereka akan digantikan. Namun, ia bergantung kepada prestasi semasa kerana ia minggu sukar buat saya dalam membentuk pasukan yang benar-benar mantap.

"Dari segi komitmen, semua pemain begitu bersemangat dan tidak sabar untuk beraksi dalam saingan Liga M," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

MOM bantah!

Kok Chi paling lantang tolak usul hadkan tempoh pegang jawatan hanya lapan tahun

Hidup segan mati tak mahu! Itu gambaran paling sesuai kepada beberapa pemimpin badan sukan yang terlalu lama memegang tampuk pemerintahan tetapi gagal menjelmakan apa-apa pencapaian membanggakan.

Lebih membimbangkan, masalah itu tampak seperti tiada jalan penyelesaian kerana badan induk sukan negara, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sendiri yang enggan menerima cadangan untuk mengatasi isu berkenaan.

Perkara ini pernah diusulkan kepada MOM ketika penggubalan akta sukan yang dicadangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Konvensyen Sukan Kebangsaan pada 1996, tetapi Setiausaha Kehormatnya, Datuk Sieh Kok Chi antara yang paling lantang menolak usul mengehadkan tempoh memegang jawatan kepada hanya lapan tahun atau dua pusingan Sukan Olimpik.

Pernah dipersetujui

Hasilnya, cadangan itu tidak dimasukkan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 yang ditadbir Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) - badan yang sepatutnya berfungsi sebagai "polis" kepada badan-badan sukan di Malaysia termasuk MOM sendiri.

"Ini satu cadangan baik dan pernah kita persetujui, tetapi kurang dipersetujui MOM," kata Pesuruhjaya Sukan, Datuk Mohd Yasin Mohd Salleh ketika diminta mengulas cadangan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong untuk memasukkan kembali had memegang jawatan ke dalam akta.

"Namun jika seseorang pemimpin itu bagus dan berjaya mencapai prestasi membanggakan bersama persatuan diterajui, mereka boleh dipilih semula. Selepas lapan tahun, mereka boleh bertanding semula untuk jawatan berkenaan.
"Peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan adalah memastikan setiap badan sukan diurus tadbir dengan betul selaras dengan peruntukan dalam perlembagaan masing-masing.

Capai matlamat

"Kita juga mahu memastikan badan-badan sukan bergerak secara demokratik, teratur dan bertanggungjawab bagi menjamin pencapaian matlamatnya untuk menggalakkan dan memajukan sukan negara."

BH Sukan cuba mendapatkan kepastian berhubung isu ini daripada Kok Chi semalam, tetapi setiausaha kehormat MOM itu gagal dihubungi.

Isu "kayu mati" dalam badan sukan timbul semula selepas peminat bola sepak tempatan mahu Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah meletak jawatan selepas didakwa gagal meningkatkan sukan nombor satu negara itu sejak menerajui badan induk berkenaan 28 tahun lalu.

Terlalu lama pegang jawatan

Selain Sultan Ahmad Shah, ramai lagi individu lain yang sudah terlalu lama memegang jawatan-jawatan penting dalam badan sukan tetapi tidak banyak menunjukkan kemajuan, dan lebih parah lagi ada yang merosot.


15.23 | 0 komentar | Read More

Lampard gah julang Chelsea

Written By Unknown on Senin, 31 Desember 2012 | 15.23

Liverpool: Frank Lampard memberi mesej penting mengenai nilai dirinya kepada Chelsea apabila muncul wira The Blues apabila dua jaringannya membutirkan tiga mata penting dengan menundukkan Everton 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Goodison Park, malam tadi.

Pemain tengah berusia 34 tahun itu yang kontraknya akan berakhir pada penghujung musim ini, menyemarakkan kebangkitan Chelsea dengan menyamakan kedudukan tiga minit sebelum perlawanan babak pertama berakhir, selepas The Blues ketinggalan melalui jaringan Steven Pienaar pada awal permainan.

Lampard meledak gol kemenangan ketika perlawanan berbaki 18 minit, sekali gus melonjakkan pasukannya yang beraksi kurang satu perlawanan ke tangga ketiga carta liga, empat mata di belakang Manchester City di tangga kedua. Everton kekal di tangga keenam, tiga mata di belakang pasukan yang menghuni tempat keempat Tottenham Hotspur.

Bermain di halaman sendiri, Everton bermula garang dan hanya memerlukan 63 saat untuk merobek gawang Chelsea. Tandukan Victor Anichebe hasil hantaran lintang Phil Jagielka mengenai tiang gol dan Pienaar pantas menyambar bola untuk menewaskan Petr Cech, yang membuat penampilan ke-400 di gawang Chelsea.

Sepakan percuma Nikica Jelavic pula mengenai palang, sebelum Lampard menyamakan kedudukan pada minit ke-42 apabila menanduk hantaran Ramires.

Cech terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan buku lali, dan penggantinya Ross Turnbull tertewas oleh tandukan Jelavic pada minit ke-69 tetapi cubaan itu hanya singgah di palang.

Gol kemenangan hadir tiga minit kemudian, apabila Lampard menolak bola dari jarak dekat selepas Tim Howard menampan cubaan Juan Mata, untuk The Blues mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam liga. AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

Safee sesuai galas tugas pembantu penyerang

Johor Bahru: Andai Johor Darul Takzim masih mahu menurunkan semua pemain berstatus bintang ketika aksi Liga Super bermula 8 Januari ini, formasi paling sesuai digunakan ialah 4-3-1-2 dengan meletakkan Safee Sali sebagai pembantu penyerang.

Safee tampak sesuai membantu gandingan Daniel Guiza dan Norshahrul Idlan Talaha di posisi serangan kerana gemar beraksi dengan hantaran pendek dan melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti.

Guiza dan Mat Yo pula beraksi di posisi sayap kanan dan kiri sebelum menyusup ke dalam kotak penalti.

Posisi tengah menyaksikan Safiq Rahim akan bergandingan bersama Simone Del Nero, namun andai pemain import dari Itali itu belum pulih dari kecederaan paha, Ahmad Ezrie Sazali tampak sesuai mengisi kekosongan di posisi tengah kiri sambil Nurul Azwan Roya di kanan.

Benteng pertahanan tampak ampuh menerusi gandingan Muslim Ahmad dan Aidil Zafuan Abd Radzak dengan Azmi Muslim menguatkan bahagian kiri manakala Mohd Faizal Mansor di kanan tatkala kedua-dua pemain itu mampu melakukan serangan dengan bola hantaran lintang ke kawasan kubu lawan.

Apa pun ketua jurulatih Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad masih belum memutuskan kesebelasan utama yang akan dipertaruhkan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim baru ini, sebaliknya masih berusaha mencari kombinasi terbaik.

Kami sedang berusaha dan saya akan pastikan semua pemain kebangsaan yang berada dalam skuad Johor Darul Takzim diturunkan pada setiap aksi Liga Super kerana misi utama adalah memburu kemenangan. Formasi saya pratikkan semuanya bergantung kepada kerjasama pemain, katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger