Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Panggilan S.O.S: Kim Swee

Written By Unknown on Senin, 08 Juli 2013 | 15.23

Kazan, Russia: Pemain tengah Sarawak, Junior Eldstal sah menjadi seorang daripada dua pemain yang akan diterbangkan ke Kazan untuk membantu skuad Harimau Muda A mengharungi acara bola sepak.

Berita gembira itu dikhabarkan ketua jurulatih, Ong Kim Swee selepas dia membuat rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Pertandingan untuk membawa dua pemain. Seorang lagi pemain yang dicadangkannya adalah pertahanan Johor Darul Takzim (DT), Muhd Nazri Ahmad.

Dia kini menunggu pelepasan daripada Johor DT membawa Muhd Nazri dalam tempoh terdekat, dan andai gagal akan membawa Fandi Othman. Namun, Kim Swee dalam masa sama perlu menggugurkan dua pemain daripada senarainya.

Gugur 2 pemain

"Saya cadangkan dua pemain iaitu Junior dan Nazri. Jika penganjur membenarkan mereka didaftarkan, kedua-dua pemain ini akan datang secepat mungkin tetapi dalam masa sama saya perlu membatalkan dua pemain sedia ada.

"Bagi saya (Wan Ahmad) Amirzafran (Nadriz) dan Nazirul Naim (Che Hashim) perlu dibatalkan penyertaan kerana kecederaan yang mungkin memerlukan masa lama untuk pulih."

Skuad negara tiba di Kazan dengan 17 pemain dan selepas perlawanan pertama menang 2-0 ke atas Itali Jumaat lalu, Malaysia kini hanya mempunyai 13 pemain yang benar-benar cergas selepas dua pemain dilayangkan kad merah termasuk penjaga gol, Mohd Izham Tarmizi Roslan.


15.23 | 0 komentar | Read More

SUKMA: Selangor rampas juara

Kuala Lumpur: Selepas menanti sejak 2006, kontinjen Selangor akhirnya muncul juara keseluruhan pungutan pingat Sukan Malaysia (SUKMA), sekali gus membuktikan negeri itu tidak ketandusan bakat baru bagi merampas kejuaraan daripada Terengganu.

Timbalan ketua kontinjen Selangor, Amirudin Shari berkata kejayaan kontinjen itu adalah hasil usaha berterusan Majlis Sukan Negeri dan persatuan sukan negeri Selangor.

Teruskan persediaan

"Kita berjaya merampas kembali kejuaraan dengan membuktikan pembangunan sukan di Selangor masih bagus," katanya.

Biarpun dengan peruntukan pembangunan sukan yang sederhana, Amirudin berkata kontinjen Selangor berjaya menewaskan Terengganu yang mempunyai peruntukan besar pada setiap tahun.

Katanya, kontinjen Selangor akan melakukan 'post mortem' selepas temasya SUKMA ini berakhir bagi persediaan ke SUKMA Perlis pada Mei tahun depan.
"Kita akan terus melakukan persediaan kerana kini negeri lain sudah semakin memerhatikan kita selepas memenangi kejuaraan tahun ini," katanya.

Selangor mengesahkan kejuaraan selepas mengumpul 23 pingat emas, 17 perak dan 30 gangsa mengatasi Terengganu yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan perbezaan empat emas.


15.23 | 0 komentar | Read More

Liga Hoki Dunia: Impian Piala Dunia menyala

Johor Bahru: Kecemerlangan penjaga gol Malaysia, S Kumar tangkas menghalang dua percubaan daripada pemain Jepun memastikan skuad negara menang 4-3 menerusi penentuan penalti untuk mengesahkan tempat kelima selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada saingan klasifikasi, Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, petang semalam.

Kemenangan itu nyata menggembirakan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mula berwajah yakin betapa peluang layak ke Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda masih wujud.

"Kami sasar untuk layak ke Piala Dunia dan mengharapkan jurulatih Paul Revington kekal bersama skuad hoki negara. Kini terpulang kepada beliau sama ada mahu kekal atau sebaliknya kerana dia ada sebab-sebab tersendiri.

"Apa pun masih dapat kelemahan sepanjang saingan Liga Hoki Dunia tetapi pemain lakukan kebangkitan pada perlawanan tertentu.

Tingkatkan kualiti

"Apa pun saya harap dapat tingkatkan lagi kualiti permainan... nampak adakala yo-yo dan tak konsisten. Lepas ini kita akan menghadapi Piala Asia, Ogos ini.

"Ini pun kita kena menjuarai kejohanan itu dan jika juara sudah tentu dapat tempah tiket ke Piala Dunia.... perjuangan kita masih belum habis lagi, kami mahu jadi juara," kata Tengku Abdullah.
Skuad negara mendahului seawal minit ke-10 hasil jaringan Muhammad Razie Abd Rahim menerusi pukulan sudut penalti tetapi lawan bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-28 hasil pukulan sudut penalti Shinji Kawauch.

Sementara itu, juara dunia dan juara Olimpik, Jerman menepati reputasi dengan muncul juara apabila menewaskan Argentina 4-2 pada aksi final malam tadi, manakala England menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam persaingan tempat ketiga.


15.23 | 0 komentar | Read More

MSN pertahan kawalan ketat

Zolkples kata tak boleh periksa setiap bilik setiap masa, kecuali kecoh atau bising

Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara (MSN) mempertahankan betapa kawalan keselamatan atlet di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) sentiasa dikawal ketat dengan mendapat kerjasama polis.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zolkples Embong berkata malah Universiti Putra Malaysia (UPM) sendiri menambah pengawal keselamatan mereka dan membuat rondaan dengan lebih kerap di perkampungan sukan.

Namun, katanya, atlet yang menginap di perkampungan sukan ramai iaitu hampir 5,000 orang dan mereka bertaburan di beberapa kolej kediaman.

Tak boleh periksa

"Kes ini berlaku bukan di luar di mana pengawal keselamatan boleh pantau sebaliknya terjadi di dalam bilik penginapan.

"Kita tidak boleh hendak membuat pemeriksaan di setiap bilik pada setiap masa melainkan ada berlaku kekecohan atau bising," kata Zolkples ketika sidang media di Pusat Media SUKMA di Dewan Komanwel MSN Bukit Jalil, semalam.

Akhbar BH di muka depan semalam melaporkan dakwaan seorang atlet bola baling yang mengambil bahagian pada SUKMA 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan, Rabu lalu.
Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan Kolej Kedua universiti berkenaan. Tiga atlet ditahan polis kelmarin bagi membantu siasatan.

Tidak baik

Bagaimanapun, Zolkples yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur SUKMA tahun ini menjelaskan bahawa dakwaan mengatakan mangsa adalah atlet adalah tidak benar kerana dia adalah seorang pegawai tambahan (cheperon) pasukan bola baling wanita Wilayah Persekutuan yang namanya tidak berada dalam senarai diserahkan kepada MSN.

"Ini adalah pertama kali berlaku dalam sejarah penganjuran SUKMA dan ia memang sesuatu yang tidak baik untuk temasya ini. Saya tidak mahu komen lanjut kerana kes ini sudah menjadi siasatan polis," kata Zolkples sambil menasihatkan ibu bapa agar tidak bimbang dengan penyertaan anak mereka pada temasya SUKMA akan datang.


15.23 | 0 komentar | Read More

Liga Super: Kelantan menang penentuan ‘dua juara’

Written By Unknown on Minggu, 07 Juli 2013 | 15.23

Kota Bharu: Juara Piala FA, Kelantan mengembalikan maruah negara apabila berjaya membenam juara Liga Super Lions XII 2-0 dalam perlawanan terakhir di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam tadi.

Seawal minit ke-6, Mohd Badhri Radzi sudah menceriakan penyokong tuan rumah apabila sepakan sudutnya terus menerjah jaring sekali gus menewaskan penjaga gol lawan, Muhammad Khairulhin Mohd Khalid untuk gol pertama The Red Warriors (TRW).

Palang jadi penghalang

Ketinggalan menyaksikan Lions XII menggandakan asakan dan sepakan percuma Shahfiq Ghani minit ke-13 hampir menjadikan kedudukan kembali seimbang namun ia bijak ditepis penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Shahfiq sekali lagi kecewa apabila melihat percubaan keduanya pada minit ke-31 turut gagal menerjah gawang tuan rumah apabila dinafikan palang gol.

Bermain di depan lebih 20,000 penyokong setia ternyata memberi tonik kepada TRW dan berpunca daripada lorongan Mohd Badhri ia pantas dimanfaatkan tonggak import berbisa, Dickson Nwakaeme yang merembat kencang untuk gol kedua minit ke-58 sekali gus kedudukan 2-0 kekal hingga tamat saingan.


15.23 | 0 komentar | Read More

JDT kempunan aksi Piala AFC

Johor Bahru: Selangor muncul naib juara Liga Super sekali gus layak ke saingan Piala AFC biarpun sekadar seri 1-1 dengan Johor Darul Takzim (DT) pada aksi terakhir di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Keputusan itu memastikan anak didik Irfan Bakti Abu Salim mengumpul 40 mata dan menyamai kutipan mata barisan kendalian Fandi Ahmad namun kelebihan jaringan memihak Red Giants untuk mengiringi Kelantan yang muncul juara Piala FA ke saingan kelab-kelab Asia buat kali kedua berturut-turut.

Bagaimanapun, Harimau Selatan tampak lebih garang untuk memburu slot ke Piala AFC apabila lebih awal mengancam kubu Selangor menerusi rembatan deras Jasazrin Jamaluddin seawal minit keempat tetapi tersasar.

Bisa Forkey Doe

Selang empat minit kemudian skuad Gergasi Merah juga hadir menerusi percubaan berbahaya hasil rembatan leret Forkey Doe tetapi gagal merobek gawang tuan rumah.

Selepas berhempas pulas mengasak ke kubu lawan, akhirnya gol yang dicari Johor DT menjelma pada minit ke-21 berpunca sepakan lintang Mohd Farid Ramli yang menyaksikan Leonel Nunez yang menyusup dari belakang pantas merembat leret menewaskan penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee.

Bersambung babak kedua, Red Giants tampak rakus mengasak ke kubu tuan rumah dan akhirnya mencipta gol penyamaan pada minit ke-51 selepas Francis Forkey Doe yang mengambil sepakan percuma bijak melencongkan bola tepat ke penjuru kiri gol sekali gus menewaskan Mohd Al-Hafiz Hamzah yang tergamam di gawang sendiri.


15.23 | 0 komentar | Read More

Liga Hoki Dunia: Malaysia tewaskan Pakistan

Johor Bahru: Selepas mempamerkan aksi hambar pada peringkat kumpulan, Malaysia bangkit menewaskan Pakistan 3-1 pada aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan dalam saingan Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, petang semalam.

Kemenangan itu memastikan skuad bimbingan Paul Revington akan beraksi pada penentuan tempat kelima dan keenam menentang Jepun, hari ini untuk memperbaiki kedudukan ranking dunia.

Beri keyakinan

Ia juga memberi keyakinan mempersiapkan diri menjelang saingan Piala Asia di Ipoh, hujung Ogos ini yang menjadi penentu untuk layak ke Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda.

Dalam perlawanan petang semalam, skuad negara bermula garang dan meraih pukulan sudut penalti pada minit ke-14 dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Muhammad Razie Abd Rahim untuk mencipta gol pertama.

Namun Pakistan pantas menyamakan jaringan pada minit ke-16 berpunca dari kelekaan benteng pertahanan negara yang membiarkan Shafqat Rasool yang tidak dikawal mudah menolak masuk menewaskan penjaga gol, Roslan Jamaluddin.

Tiga minit kemudian, pukulan deras Faizal Saari dari luar kawasan D pada minit ke-19 menyaksikan penjaga gol Pakistan Muhammaad Imran tertampan bola ke gawang sendiri untuk meletakkan Malaysia di depan.
Kurang dua minit babak kedua bermula, skuad negara menambah jaringan ketiga apabila gerakan cantik Faizal yang bijak menolak bola tepat kepada Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil mudah menolak bola menewaskan Muhammad Imran dan jaringan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Pemain lebih fokus

"Kita bermula lebih baik berbanding aksi suku akhir menentang Jerman. Pemain lebih fokus dan mengikut arahan taktikal tanpa melakukan kesilapan malah kerap kali pertembungan menentang Pakistan sering sengit dan kali ini jelas memihak kepada Malaysia.

"Menentang Jepun amat penting. Kita ada cara tersendiri dan taktikal berbeza akan digunakan esok (hari ini)," kata Revington.


15.23 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger