Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Hamilton kedua terpantas

Written By Unknown on Sabtu, 02 Maret 2013 | 15.23

Barcelona: Selepas berdepan keadaan tidak menentu, pemandu Mercedes AGM PETRONAS, Lewis Hamilton kembali bangkit dengan mencatat masa kedua terpantas di belakang pelumba Red Bull, Mark Webber pada hari keempat ujian pra musim terakhir Formula Satu (F1) di Litar Catalunya, Sepanyol kelmarin.

Bekas juara dunia 2008 itu yang menyertai Mercedes musim ini turut menghabiskan 113 pusingan, bersamaan 2,040 kilometer mencatat masa 1 minit 24.348 saat, selepas bergelut dengan masalah mekanikal yang menyebabkan mereka terlepas dua sesi ujian di Jerez.

"Keadaan litar amat basah pada pagi namun ia semakin kering selepas itu sekali gus membolehkan kami melengkapkan beberapa ujian dengan baik. Saya berada baik ketika melalui perlumbaan simulasi pada petang, keduanya untuk membolehkan saya kembali berlatih dan mendapatkan jarak dengan jentera.

Sentiasa menarik

"Seluruh ahli pasukan melakukan kerja dengan baik di sini dan juga ibu pejabat. Saya amat gembira kerana kami dapat meningkat bersama dan bekerja bersama semua orang. Hari-hari terakhir ujian pra musim sentiasa menarik dan semua orang mula menambah sesuatu bagi meningkatkan kemampuan jentera, jadi saya juga tidak sabar."

Catatan masa Hamilton kemudian dipintas pelumba veteran Webber yang mencatat masa 1:22.693 saat diikuti pelumba Toro Rosso, Jean-Eric Vergne yang mencatat 1:25.017s. - Agensi


15.23 | 0 komentar | Read More

Liga Hoki Remaja 2013: UniKL, SSTMI Thunderbolt berentap di final

Kuala Lumpur: Bekalan besar yang dibawa ke laman lawan nyata berbaloi apabila Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Thunderbolt (SSTMI Thunderbolt) berjaya melangkah ke final Piala Milo yang dijadual berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, esok.

UniKL yang membawa bekalan selesa dengan membenam lawan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Junior (SSTMI Jr) 6-0 pada pusingan pertama tidak perlu mengeluarkan peluh apabila mencatat kemenangan 3-1 pada pusingan kedua, semalam.

Mohammad Hafif Elkan Rerasa @ Nordin yang mencipta hatrik Rabu lalu membuka jaringan UniKL pada minit ke-9 menerusi pukulan sudut penalti sebelum Mohd Syafiq Zulzairin meledak dua jaringan (m-14 dan m-69) - cukup untuk menghancurkan harapan SSTMI Jr untuk mengurangkan jarak sebelum ini.

Sementara itu, di Stadium Hoki Ipoh, SSTMI Thunderbolt selaku juara bertahan juga tidak mempunyai masalah mengejutkan tuan rumah MBI Anderson apabila Mohd Hafiz Selemen membuka jaringan seawal minit ke-6 sebelum Mohd Shahril Saabah menggandakan jaringan lima minit kemudian.

UniKL sasar rampas gelaran

Namun, jaringan N Kartigan pada minit ke-43 nyata sudah terlewat untuk kembali bangkit mengurangkan defisit jaringan.

Bagi jurulatihnya, Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahman, pasukan kini sedang memburu gelaran ketiga selepas berjaya merangkul kejuaraan pada musim 2011 dan 2012.
"Hari ini (semalam) kami memang meletakkan sasaran untuk menang dan saya merehatkan beberapa pemain. Ini adalah kali keempat kami bertemu dengan UniKL di final Piala Milo sejak 2010.

"Pastinya UniKL menyimpan hasrat besar mahu merampas gelaran yang kami raih tahun lalu dan memberi tentangan sengit kepada pasukan di final nanti," katanya yang tidak mempunyai masalah kecederaan pemain ketika ini.

Keputusan pusingan kedua separuh akhir
UniKL 3 SSTMI Jr 0
(UniKL mng agregat 9-0)
SSTMI Thunderbolt 2 MBI Anderson 1
(SSTMI Thunderbolt mng agregat 10-1)

Jadual final esok
Final
SSTMI Thunderbolt mln UniKL
(8mlm)
penentuan tempat 3/4
SSTMI Jr mln MBI Anderson
(6ptg)
(Semua perlawanan di Std Hoki Nasional Bukit Jalil)


15.23 | 0 komentar | Read More

KFA sedia beri penjelasan kekecohan di Stadium Darulaman

Alor Setar: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sedia memberikan penjelasan berhubung kekecohan yang ditimbulkan penyokong Hijau Kuning di Stadium Darulaman, di sini, malam Selasa lalu.

Naib Presiden KFA, Datuk Jeffery Lau Han Chau, berkata penjelasan itu akan dibuat sebaik diarahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Kami sedia jelaskan keadaan yang berlaku pada malam itu jika FAM mahu. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang makluman diterima daripada FAM sama ada secara lisan atau bertulis," katanya ketika dihubungi, semalam.

Malam Selasa lalu, perkarangan Stadium Darulaman kecoh apabila lebih 300 penyokong Kedah berkumpul sebaik tamat perlawanan menentang Johor Darul Takzim (DT) dalam aksi pusingan kedua Piala FA, sehingga menyebabkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) masuk campur.

Ultras Kedah turut bantah

Tindakan itu diambil kumpulan penyokong yang turut disertai Ultras Kedah bagi menyuarakan bantahan terhadap mutu pengadilan yang terlalu lemah pada malam itu.
"Saya yakin penyokong hanya berhimpun untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, bukannya untuk membuat kecoh atau bertindak ganas.
"Saya berani katakan ini kerana ramai saksi melihat kejadian itu termasuk saya sendiri dan beberapa kepimpinan KFA yang kebetulan berada di perkarangan Stadium Darulaman ketika itu.

"Apa pun, insiden terbabit berlaku di luar perkarangan stadium dan pihak pengurusan KFA tidak mempunyai kuasa.

"Bagaimanapun, kami dengan kerjasama pihak berkuasa berjaya menenangkan keadaan dengan meminta penyokong bersurai tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Bubar Artikel 88'

Sultan Ahmad Shah minta ahli gabungan kemuka cadangan pada kongres FAM jika mahu peraturan itu dipinda atau dimansuhkan

Kuantan: Jalan penyelesaian masih terbuka luas sekiranya ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggunakan saluran yang betul untuk memansuhkan Artikel 88 Statut FAM yang dianggap lebih zalim daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (KDN).

Presidennya, Sultan Ahmad Shah, berkata mereka boleh membuat cadangan ketika kongres FAM bersidang dan sekiranya mendapat sokongan, keputusan terbaik akan dibuat.

Setiap ahli gabungan perlu akur terhadap peraturan organisasi, sebarang kritikan secara terbuka akan mengundang tindakan undang-undang yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM," Sultan Ahmad Shah, Presiden FAM


Beliau berkata, hanya ahli gabungan FAM boleh mengubah Artikel 88 dan membuat keputusan sama ada ia sesuai digunakan lagi atau sebaliknya.

"Jika ahli gabungan berpendapat artikel itu wajar dipinda atau dibubarkan, mereka boleh berbuat demikian pada kongres FAM.

"Presiden, timbalan presiden dan ahli majlis FAM tidak ada kuasa mengubah Artikel 88 yang kini menjadi perbualan hangat banyak pihak sejak kebelakangan ini," katanya semalam.

Pada Rabu lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu FAM memastikan Artikel 88 dalam statusnya tidak bercanggah dengan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Katanya, jika benar bercanggah, FAM harus melakukan pengubahsuaian.

Artikel 88 yang memperuntukkan hanya presiden dan setiausaha agung FAM boleh mengkritik badan berkenaan mencetuskan kontroversi apabila ramai pemimpin ahli gabungan FAM dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar peraturan berkenaan.

Saya sudah lali dengan kritikan: Sultan Ahmad Shah

Sultan Ahmad Shah berkata, sudah menjadi sifat semula jadi manusia memperbesarkan perkara atau isu yang buruk tanpa memikirkan kesan terhadap pihak lain dan ia juga membabitkan Artikel 88 yang terus diperbahaskan.

"Setiap ahli gabungan perlu akur terhadap peraturan organisasi, sebarang kritikan secara terbuka akan mengundang tindakan undang-undang yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM," katanya.

Beliau berkata, membuat kritikan bukan cara terbaik untuk menjernihkan keadaan sebaliknya memburukkan lagi imej FAM yang menjadi badan induk bola sepak negara ini.

Justeru, katanya semua pihak tidak seharusnya cepat melatah kerana dengan cara itu isu yang boleh diselesaikan secara harmoni akan berlarutan tanpa sebarang keputusan.

"Sebagai Presiden FAM saya sudah lali dengan kritikan, dalam isu Artikel 88 ini saya berpendapat jalan penyelesaiannya terbuka luas sekiranya ahli gabungan menggunakan saluran yang betul.

"Bila kongres FAM bersidang nanti ahli gabungan boleh membuat cadangan, sekiranya mendapat sokongan, keputusan terbaik akan dibuat," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Ashari ledak dua gol Penyu

Written By Unknown on Minggu, 24 Februari 2013 | 15.23

Kuala Terengganu: Penyerang Terengganu, Ashari Shamsuddin muncul wira apabila dua golnya membantu skuad Penyu membenam Tentera 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang semalam.

Lebih manis, pemain berusia 28 tahun itu menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan, hasil rembatan deras dari luar kotak penalti.

Pemain yang lebih mesra dengan panggilan 'Saha' itu turut membantu Mohamad Khairul Ramadhan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-28 selepas melakukan hantaran cantik.

Bagaimanapun, penyerang import Tentera, Marlon Alex James menyamakan kedudukan 1-1 dengan menanduk masuk tendangan sudut pada minit ke-74.

Saha sekali lagi menjaringkan gol menerusi sepakan kencang ketika kelam kabut dalam kotak penalti pada minit ke-80, selepas pertahanan kiri Terengganu, Zubir Azmi menyempurnakan tendangan sudut.

Seminit sebelum perlawanan berakhir, pemain pelawat, D Christie Jayaselan menceriakan sekumpulan kecil penyokong setia The Gladiator yang hadir apabila menjaringkan gol menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti menewaskan penjaga gawang gantian tuan rumah, Wan Azraei Wan Teh.

Kemenangan itu menceriakan pengendali Penyu, E Elavarasan yang begitu berpuas hati dengan corak permainan yang dipamerkan anak buahnya biarpun beraksi tanpa dua awang import, Vincent Bikana dan Effa Owana.
"Ini yang kita mahukan kerana tidak kira siapa yang diturunkan, mereka mampu menggalas tugas yang diberikan. Saya harap mereka mengekalkan rentak ini untuk perlawanan seterusnya.

"Saya kagum dengan pemain yang begitu menunjukkan komitmen dan semangat yang jitu untuk meraih kemenangan. Kejayaan ini juga akan membantu mereka lebih bersemangat sebelum menghadapi Piala FA nanti," katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Tentera, B Sathianathan sukar menerima keputusan itu dan menyifatkan anak buahnya mempamerkan permainan teruk.

"Apa pun, tuan rumah wajar menang pada perlawanan ini kerana mereka bermain cukup baik daripada kita," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

TRW gagal ambil peluang

Kuantan: Kelantan melepaskan peluang untuk memungut tiga mata biarpun Pahang beraksi dengan 10 pemain apabila kedua-dua pasukan seri 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Darulmkamur, malam tadi.

Walaupun berbaki 30 minit, skuad kendalian Bojan Hodak gagal melakukan penyudah dengan baik untuk merobek benteng Pahang yang kelihatan pincang pada sebelah kiri.

Terdahulu, Kelantan jelas menguasai permainan dan ia dapat disaksikan apabila Keita Mandjou hampir meletakkan pasukannya di depan tetapi tendangannya melepasi palang tuan rumah seawal minit kedua.

Berjaya ditepis keluar

Begitu juga pada minit keenam, Indra Putra Mahyuddin turut memiliki peluang tetapi sepakan kencangnya berjaya ditepis keluar penjaga gol Pahang, Mohd Nasril Nourdin.

Akhirnya penyerang kebangsaan, Norfarhan Muhammad mengubah kedudukan 1-0 apabila tandukannya menerjah gawang untuk menewaskan Nasril pada minit kelapan.

Tuan rumah turut mempunyai peluang keemasan tetapi R Gopinathan dan Mohd Fauzi Rozlan, gagal membolosi gawang lawan masing-masing pada minit ke-20 dan 28.
Impian tuan rumah untuk menyamakan kedudukan menjadi kenyataan apabila pemain tengah, Mohd Hafiz Kamal muncul penjaring pada minit akhir separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan begitu bersungguh-sungguh untuk mendahului lawan masing-masing hingga mencetuskan ketegangan biarpun tuan rumah mempunyai banyak peluang.

Bagaimanapun, pada minit ke-61, tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Hafiz dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain pertahanan Kelantan, Mohd Zamri Ramli.

Biarpun kekurangan seorang pemain, Pahang dilihat tidak menghadapi masalah untuk mengasak kubu lawan manakala Kelantan turut berusaha melepasi pertahanan tuan rumah tetapi ia tidak berhasil.

Pada minit ke-83, tandukan Mandjou menjaringkan gol kedua buat pasukannya tetapi selang seminit kemudian, Fauzi menyamakan kedudukan 2-2 hasil sepakan penalti untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.


15.23 | 0 komentar | Read More

Rasuah: KBS sedia bantu AFC

Judi bola sepak juga perlu dibanteras: Ahmad Shabery

Kuala Terengganu: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia memberi bantuan dan kerjasama kepada Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) bagi menangani gejala rasuah dan judi bola sepak serantau.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar), berkata rasuah dan judi bola sepak adalah jenayah yang merentasi sempadan dan tidak boleh bergantung harap kepada sebuah negara saja bagi menangani gejala itu.

Katanya, tindakan AFC yang menubuhkan pasukan bertindak untuk memerangi dan membanteras rasuah bola sepak dan mengatur keputusan perlawanan adalah sangat wajar.

"AFC telah mengambil langkah yang wajar dan kita bersedia membantu bila-bila masa yang diperlukan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan Baucar Buku 1Malaysia dan Pelancaran IM4U Outreach Centre di Universiti Sultan Zainal Abidin di sini.

Katanya, judi bola sepak pada kebiasaannya beroperasi melalui Internet dan ada sebahagian sistem yang digunakan agak rumit dan memerlukan kepakaran pihak polis antarabangsa bagi menanganinya.

Mampu dilumpuhkan

Ahmad Shabery berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang tegas dalam soal membanteras rasuah dan pertaruhan bola sepak yang dengan kerjasama semua pihak ia mampu dilumpuhkan.
"Jika perkara seperti ini berleluasa di negara kita, orang ramai akan hilang kepercayaan sekali gus boleh merosakkan industri bola sepak tanah air.

"Negara lain juga turut menghadapi perkara yang sama, namun Malaysia belum sampai ke peringkat yang lebih parah," katanya.

Kelmarin, AFC dilapor menubuhkan pasukan bertindak untuk memerangi dan membanteras gejala rasuah bola sepak dan mengatur keputusan perlawanan.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Alex Soosay dalam satu kenyataan berkata pasukan bertindak itu akan bekerjasama dengan semua pemegang kepentingan dan memberi tunjuk ajar kepada ahli gabungan AFC mengenai cara membanteras amalan berkenaan dengan memperkenalkan mekanisme memeranginya.

Awal bulan ini, agensi anti jenayah Eropah menyatakan keputusan ratusan perlawanan bola sepak sudah diatur di seluruh dunia melalui sindiket di Singapura.

BERNAMA


15.23 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger