Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Saingan sengit nanti 12 pelayar

Written By Unknown on Minggu, 02 Desember 2012 | 15.23

Kuala Terengganu: Pentas kejohanan Piala Monsun kini siap sedia menanti 12 pelayar menguji kekuatan untuk bergelar juara di Pulau Duyong bermula esok.

Selepas berakhirnya siri jelajah Malaysia Match Racing Circuit |(MMRC) kelmarin, yang juga siri terakhir Alpari World Match Racing Tour (AWMRT) - kuota ke-12 dan yang terakhir sah milik milik jurumudi KFC Malaysia-KRT, Jeremy Koo.

Pelayar negara berusia 31 tahun itu akan bersaing dengan pelayar bertaraf dunia dengan lapan di antara mereka juga menumpukan perhatian merangkul gelaran lebih besar iaitu kejuaraan dunia.

Antara pelayar pilihan merangkul kejuaraan dunia kali ini ialah Bjorn Hansen, jurumudi Mekonomen Sailing Team yang berada di puncak carta siri jelajah AWMRT dengan 104.25 mata selepas tujuh sirkit.

Hansen yang belum pernah menang kejuaraan dunia, menyifatkan pertandingan di Pulau Duyong adalah peluang terbaiknya bukan saja untuk memenangi Piala Monsun buat kali pertama tetapi juga meraih kejuaraan dunia sulung.

"Belum ada pelayar Sweden yang memenangi kejohanan dunia AWMRT dan saya mahu membuktikan kali ini yang pelayar Sweden seperti saya juga mampu menjadi juara dunia.

"Saya sudah menyertai pertandingan Piala Monsun sejak 2005 dan harap kali ini tuah akan memihak kepada saya," katanya yang perlu layak sekurang-kurangnya ke pusingan separuh akhir untuk bergelar juara dunia.
Perkara sama diakui jurumudi Team GAC Pindar, Ians Williams, yang kini berada di tempat kedua carta AWMRT, 2.25 mata di belakang Hansen.

Pelayar Inggeris berusia 35 tahun yang juga juara dunia tiga kali itu mengekori Hansen selepas kesilapan pelayar Sweden itu di Switzerland, pada September lalu. "Kami bernasib baik kerana berada cuma dua mata saja di belakang pendahulu," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Azraai terdesak pilih import

Ipoh: Jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor kini bergelut dengan masa apabila terpaksa membuat pilihan awang import kedua pasukan Seladang sehari sebelum tarikh akhir ditetapkan iaitu esok.

Kebimbangan peminat bahawa Perak terpaksa membuat pemilihan secara 'tangkap muat' seperti musim lalu bagaikan berulang apabila masih gagal menyelesaikan isu pemain import musim ini.

Tarikh pendaftaran pemain kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ialah 6 Disember ini tetapi Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menetapkan esok sebagai tarikh menyelesaikan isu mencari pemain import.

Setakat ini Perak baru menemui seorang pemain import apabila mengikat pemain Brazil, Rafael Souza Silva Novais dalam usaha memperkukuhkan benteng Seladang.

PAFA masih menunggu jawapan daripada penyerang West Ham United, John Carew dan pada masa sama sedang menguji penyerang dari Liga Vietnam, Dickson Nwakaeme dari Nigeria.

Novais yang mempunyai ketinggian 1.98m mewakili Palmeiras dari 2007 hingga 2009 sebelum menyertai Rio Branco pada 2010 dalam liga negara asalnya.

Pemain itu yang sering menggunakan ketinggiannya untuk menjaringkan gol dari 'set piece' serta sepakan sudut kemudian menyertai dua pasukan Liga Thailand (Liga T), Buriram PEA selama semusim dan kemudian Bangkok Glass awal tahun ini.
"Jangan jadi macam tahun lalu sudahlah apabila terpaksa mengambil pemain secara tangkap muat kerana terdesak.

"Kesudahannya Perak yang rugi dan terpaksa mencari pengganti," kata seorang peminat yang enggan namanya disiarkan.

Dalam perkembangan lain, Nwakaeme, 26, berpeluang menunjukkan kemampuan sebenarnya apabila diuji dalam perlawanan persahabatan menentang pencabar lebih kuat malam esok.

Penyerang kelab Song Lam Nghe An FC dari Liga Vietnam itu menyertai latihan Perak, Selasa lalu tetapi ketiadaan ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor menyebabkan pemain itu tidak dapat diuji sepenuhnya.

Dengan kedatangan Carew diselubungi ketidakpastian, Azraai kini bergelut dengan masa kerana tarikh pendaftaran sudah semakin hampir dan terpaksa membuat keputusan sama ada mengambil Nwakaeme atau mencari calon lain.


15.23 | 0 komentar | Read More

Singa dramatik juarai Kumpulan B

Shah Alam: Singapura menjuarai Kumpulan B dan melangkah ke separuh akhir selepas menang tipis, 4-3 ke atas Laos pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Berakhir saingan peringkat kumpulan semalam, Singapura mengumpul enam mata untuk menempah perlawanan dengan naib juara Kumpulan A, Filipina di separuh akhir manakala Malaysia akan bertemu juara kumpulan, Thailand.

Laos yang kehilangan penjaga gol utama, Sengphachan Bounthisanh mendahului menerusi Khampheng Sayavutthi pada minit ke-21 sebelum Keoviengpheth Lithideth menghadiahkan gol kedua pada ke-39.

Sebaik memasuki masa tambahan separuh masa pertama, skuad Singa merapatkan jurang menerusi ketua pasukan, Shahril Ishak. Di babak kedua, skuad Singa melakukan perubahan taktikal permainan dan dalam tempoh 19 minit, Singapura menambah tiga lagi gol, menerusi Shahril (m-52), Mohammad Khairul Amri Kamal (m-62) sebelum Fazrul Nawaz (m-64).

Skuad bimbingan Kokichi Kimura kembali merapatkan jurang apabila pengadil perlawanan Ng Kai Lam dari Hong Kong menghadiahkan penalti yang disempurnakan Sayavutthi pada minit ke-80 untuk gol ketiga.


15.23 | 0 komentar | Read More

Harimau Malaya baham Garuda

Kuala Lumpur: Malaysia mengiringi Singapura ke separuh akhir Piala Suzuki AFF apabila muncul naib juara Kumpulan B selepas menewaskan Indonesia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kemenangan itu bukan saja penting bagi memastikan misi mempertahan kejuaraan terus menyala, tetapi secara tidak langsung menyingkirkan seteru tradisi itu yang sekali lagi menjadi mangsa Harimau Malaya.

Ketiadaan S Kunanlan dan Khyrill Muhymeen Zambri yang direhatkan akibat kecederaan tidak merencatkan percaturan Datuk K Rajagobal yang masih mampu menurunkan skuad terbaik ketika menang 4-1 ke atas Laos.

Malaysia memulakan permainan agak perlahan dengan percubaan pertama muncul hanya selepas Indonesia empat kali berjaya melepasi benteng pertahanan negara dalam tempoh sembilan minit.

Bagaimanapun, pemain negara kembali mengawal permainan dan pada minit ke-27, skuad negara membuka jaringan menerusi pemain sayap, Azamuddin Akil yang merembat kencang hantaran lintang Mahali Jasuli.

Bek kanan, Mahali yang tampak begitu serasi dengan bekas rakan sepasukan dari Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor, meledak gol kedua negara pada minit ke-30 selepas menyempurnakan hantaran satu dua dengan Wan Zack.

Bersambung babak kedua, pelawat cuba bangkit merapatkan jurang menerusi gerakan pantas sayap kanannya, Andik Vermansyah, namun benteng negara yang dikemudi Fadhli Shas dan Aidil Zafuan Abd Radzak cukup sukar ditembusi.
Pujian juga harus diberikan kepada hampir 65,000 penyokong tempatan yang sepanjang perlawanan, berjaya memastikan semangat pemain Harimau Malaya terus membara untuk meraih kemenangan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Chelsea tidak rela minta maaf

Written By Unknown on Kamis, 29 November 2012 | 15.23

London: Chelsea dilihat masih enggan meminta maaf kepada pengadil, Mark Clattenburg berhubung tuntutan penghinaan perkauman, bahkan The Blues kelmarin menuntut keadilan dalam satu kenyataan kepada ketua pengadil.

Clattenburg didakwa menggunakan perkataan kurang sopan ke atas John Obi Mikel ketika kalah 3-2 kepada Manchester United bulan lalu namun pegawai di Stamford Bridge ketika ini mengakui menyesal kerana terburu-buru membuat tuduhan.

Ia diikuti dengan satu mesyuarat antara semua 16 Kumpulan Dipilih Pengadil dan Pengerusi Chelsea, Bruce Buck Isnin lalu dan kelab itu turut berkata mereka menyesal dengan 'kesan penelitian media terhadap Mark Clattenburg dan keluarganya'.

Chelsea menjelaskan, Clattenburg yang dibebaskan FA, bakal diterima semula di Stamford Bridge dan PGMOL tidak akan mempunyai isu untuk melantiknya mengadili satu perlawanan mereka nanti tetapi The Blues tetap berasa tidak akan memaafkan pegawai itu. - Agensi


15.23 | 0 komentar | Read More

Pandelela penerima pertama UM Olympian

Petaling Jaya: Ratu terjun negara yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012, Pandelela Rinong Anak Pamg diumumkan penerima sulung Skim Biasiswa Sukan – UM Olympian – yang diperkenalkan pada majlis Malam Anugerah Sukan dan Rekreasi Universiti Malaya (UM) 2012 di malam tadi.

Pandelela, 19, yang mendaftar diri sebagai mahasiswa UM pada 17 September lalu membanggakan negara apabila menjadi wanita pertama meraih pingat di Olimpik menerusi kejayaannya di acara 10m platform individu wanita.

Melalui biasiswa itu, Pandelela dikecualikan yuran pengajian dan penginapan serta menikmati elaun sara hidup dan latihan masing-masing bernilai RM15,000 setiap tahun sepanjang tempoh pengajiannya bermula September 2012 hingga Februari 2015.

Skim biasiswa sukan itu diwujudkan bagi memberi galakan kepada atlet cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk melanjutkan pengajian di UM.

UM juga menubuhkan Tabung Pandelela – UM Olympian bagi menjaga kebajikan atlet Olimpik agar dapat mengikuti latihan dan sukan tanpa mengabaikan aktiviti pembelajaran dalam usaha melahirkan atlet berpendidikan tinggi.

Skim Biasiswa Sukan – UM Olympian dan Tabung Pandelela – UM Olympian dilancarkan Pemangku Naib Canselor UM, Profesor Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, pada acara penghargaan sukan tahunan itu, malam tadi.

"Penubuhan skim dan tabung ini membuktikan komitmen UM menyokong hasrat negara melahirkan lebih ramai atlet cemerlang dalam sukan dan pelajaran," kata Profesor Dr. Awang Bulgiba.
Pada malam itu juga, 12 anugerah disampaikan kepada penggiat sukan UM yang mengharum nama universiti, negeri dan negara.

INFO: Anugerah Olahragawan/Wati UM

  • Olahragawan (Pelajar): Bryan Nickson Lomas (Terjun)
  • Olahragawati (Pelajar): Daphne Ng Chiew Yen (Badminton)
  • Olahragawan (Staf): Ahmad Radzi Abu (Tenpin Boling)
  • Olahragawati (Staf): Noor Haslinda Mohd Arif (Karom)
  • Anugerah Lencana Biru Universiti (Pelajar) Ryan Chong Wy Lunn (Taekwondo); Yati Akhtar Mahtar (Bola Jaring); Nurul Shaffa Mustafa (Bola Jaring); Jerusha Chan Poe Yin (Tenpin Boling)
  • Anugerah Jurulatih Terbaik: (Staf) Azmi Ismail (tarik tali); (Pelajar): Asnan Md. Zuki (Bola Sepak)
  • Pengurus Terbaik: Pengurus (Staf): Mohd Fairosz Abdul Karim; Pengurus (Pelajar): Abdul Jalil Khalid (Bola Sepak)

15.23 | 0 komentar | Read More

BAM tubuh jawatankuasa kendali pengambilan pengarah kejurulatihan

Rompin: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengendali proses pengambilan Pengarah Kejurulatihan Prestasi Tinggi bagi skuad badminton negara.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berkata jawatankuasa itu juga akan membuat saringan dan menyenarai pendek calon yang bakal dipilih bagi mengisi jawatan berkenaan.

"Peluang itu bukan hanya terbuka kepada jurulatih asing, malah kita ada bakat tempatan yang dilihat berpotensi dan menyerlah untuk mengendali dan melatih pemain kita.

"Mungkin (sebilangan jurulatih) dia pandai dari segi teknikal, tapi dari segi pengurusan dia tak boleh. Saya rasa ramai antara jurulatih dalam negeri boleh melatih pemain menjadi pemain di peringkat dunia," katanya di sini, kelmarin.

Mohd Nadzmi berkata yang penting, jurulatih berkenaan bukan setakat pandai melatih tetapi juga mengurus pemain.

Ketua jurulatih Jepun, Park Joo-bong sebelum ini menolak untuk memikul tugas pengarah kejurulatihan berkenaan. - BERNAMA


15.23 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger