Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Universiade Kazan: Trio 10m air rifle 'kena tembak'

Written By Unknown on Senin, 15 Juli 2013 | 15.33

Kazan: Kurang pengalaman antarabangsa menjadi halangan utama buat pasukan menembak 10 meter air rifle berpasukan untuk cuba mencuri tempat acara itu, semalam.

Trio negara dibarisi Mohd Nurahimin Abd Halim, Mohamad Lutfi Othman dan Hisyam Adzha hanya berada di tangga ke-12 daripada 15 pasukan dengan 1819.6 mata.

"Tahap prestasi atlet menembak China dan tuan rumah Russia sangat tinggi, jumlah pungutan mata yang diraih mereka juga bagus, sukar menandingi mereka. Untuk masa depan kami perlu memperbanyakkan latihan acara ini," kata Mohd Nurahimin yang juga adik kepada penembak kebangsaan, Nur Ayuni Abd Halim.

"Kakak ada juga memberi kata-kata semangat dan memberi petua berguna sebelum menyertai temasya ini. Nasihat diberi adalah saya menembak dengan positif."

China menang emas

Pingat emas dimenangi Zhiguo Liu-Yifei Cao-Lilong Liu dari China (1877.8 mata) diikuti perak oleh Nazar Luginets-Sergey Kamenskiy-Sergei Kruglov (Russia) dengan 1874.3 mata dan gangsa milik Sung-hyun Park-Jeyul Jeyon-Jeawon Lee (Korea Selatan) - 1855.0 mata.

Mengulas mengenai acara 50m rifle prone berpasukan hari ini, Hisyam berkata; "50m rifle prone memang acara kegemaran kami berbanding hari ini (semalam) dalam acara 10m air rifle.
"Kami lebih yakin untuk beraksi esok (hari ini), saya percaya kalau masing-masing buat catatan terbaik peribadi, kami berpeluang meraih kedudukan tiga terbaik," katanya.


15.33 | 0 komentar | Read More

Tok Gajah ada ramuan: Jalaluddin

Kuantan: Kapten pasukan Pahang, Jalaluddin Jaafar mahu rakan sepasukan memanfaatkan sepenuhnya sesi latihan sepanjang Ramadan bermula malam bagi menghadapi saingan getir Piala Malaysia, bermula 17 Ogos ini.

Pemain paling senior skuad itu berkata, lima kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super yang diraih musim ini diharap memberi motivasi terbaik bagi itu mencatat kejayaan dalam saingan piala berprestij itu nanti.

"Kegagalan meletakkan pasukan dalam kelompok tiga pasukan terbaik tidak harus melunturkan semangat, sebaliknya prestasi lebih baik perlu dipersembahkan.

Mampu pergi jauh

"Segala kelemahan diharap dapat diatasi terutama menajamkan lagi jentera serangan dengan sokongan bahagian tengah, manakala pertahanan mesti mengurangkan kesilapan.

"Saya percaya Pahang mampu melangkah jauh dalam saingan nanti," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, pemain tengah Mohd Hafiz Kamal berharap kejayaannya menjaringkan empat gol dalam Liga Super diharap dapat diterjemahkan dalam Piala Malaysia.
"Saya dan rakan-rakan akan berusaha memastikan Pahang dapat melangkah ke final.

"Piala Malaysia memerlukan komitmen dan persediaan rapi, saya akan melakukan yang terbaik buat skuad Tok Gajah," katanya.


15.32 | 0 komentar | Read More

Almeida tekad hadiah T-Team Piala Malaysia

Kuala Terengganu: Eduardo Almeida berazam membawa T-Team mencipta kejutan dan mengucup Piala Malaysia, namun kedudukannya sebagai pengendali pasukan belum ditentukan lagi.

Kontrak ketua jurulatih dan pengarah teknikal Akademi Bola Sepak Titans Muda itu bersama T-Team berakhir selepas perlawanan terakhir Liga Super menentang Terengganu baru-baru ini.

Jurulatih berasal dari Portugal berkata, dia belum menerima keputusan sama ada akan kekal melatih pasukan itu dalam saingan Piala Malaysia kerana beliau difahamkan tugas membimbing mahu diserahkan kepada penolong jurulatih, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor.

Beri kepercayaan

"Saya dimaklumkan keputusan membimbing pasukan ini akan diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah dalam tempoh terdekat. Saya harap pihak pengurusan terus memberi kepercayaan kepada saya selepas diberi tanggungjawab melatih pasukan dalam empat perlawanan terakhir Liga Super.

"Saya percaya dan yakin pasukan ini mampu membuat kejutan dalam Piala Malaysia. Saya bercita-cita mahu menjulang piala itu bersama T-Team," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sejak membimbing pasukan itu dalam empat perlawanan Liga Super, T-Team menewaskan FELDA United (4-0) dan Negeri Sembilan (2-1), tumpas kepada Selangor 1-3 dan seri 2-2 dengan Terengganu.


15.32 | 0 komentar | Read More

Salah faham!

Piya lapor diri di Wisma FAM, semalam buat meleraikan segala teka-teki

Kelana Jaya: Kemunculan Badhri Radzi melaporkan diri, petang semalam akhirnya menamatkan segala isu kegagalan kapten Kelantan itu hadir ke kem latihan skuad kebangsaan sejak Khamis lalu.

Badhri, 31, atau lebih dikenali sebagai Piya menganggap segala yang berlaku itu sebagai salah faham dan berharap kehadiran di Wisma FAM, Kelana Jaya dapat menyelesaikan segala kekusutan.

Rasa kecewa memang ada kerana dibelenggu masalah kecederaan sekali lagi. Siapa yang tidak mahu menyarung jersi skuad kebangsaan. Insya-Allah kalau dipanggil lagi selepas ini, saya akan buat yang terbaik" Badhri Radzi Kapten Kelantan


"Selepas apa yang berlaku, saya ambil inisiatif untuk datang juga ke sini bagi menyerahkan jawapan kepada surat tunjuk sebab dan melakukan pemeriksaan bersama fisioterapi dan doktor FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia).

Piya akur kecewa

"Rasa kecewa memang ada kerana dibelenggu masalah kecederaan sekali lagi. Siapa yang tidak mahu menyarung jersi skuad kebangsaan. Insya-Allah kalau dipanggil lagi selepas ini, saya akan buat yang terbaik," kata Badhri ketika ditemui di Wisma FAM, petang semalam.

Sebelum ini, pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, tindakan tegas menanti pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA 2013 itu kerana gagal melaporkan diri menjalani latihan bersama skuad kebangsaan di Wisma FAM, Khamis lalu.
Piya bagaimana pun berkata, dia mengalami kecederaan hamstring dan sudah memaklumkannya kepada penolong jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Mengenai perkembangan kecederaan hamstring yang dialaminya itu, Badhri berkata: "Kalau nak lakukan pecutan, memang rasa sakit. "Jadi nak beri seratus peratus untuk latihan, memang tak dapat. Saya perlukan masa untuk pulih sepenuhnya menjelang Piala Malaysia."

Sementara itu, jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal membayangkan bahawa Badhri tidak akan dikenakan sebarang tindakan disiplin ekoran tindakannya lewat tiga hari melapor diri ke kem latihan pusat.

"Tidak... Dia (Badhri) sudah pun lapor diri dan kita akan lihat jawapan kepada surat tunjuk sebab yang dikemukakannya itu. Fisioterapi dan doktor FAM akan lihat tahap kecederaannya. Seperti Azammuddin Akil yang lapor diri, kemudian kita dapati kemungkinan lima minggu baru dia pulih dan kita hantar dia pulang.

"Sama juga untuk Badhri, kita akan tengok jika dia tak boleh pulih dalam masa tertentu, mungkin dia juga akan dihantar pulang. Kita akan tengok dulu dan kemudian buat keputusan terbaik," kata Rajagobal ketika ditemui, petang semalam.


15.32 | 0 komentar | Read More

Nilai Suarez RM191.8 juta

Written By Unknown on Minggu, 14 Juli 2013 | 15.23

LIVERPOOL: Liverpool tidak akan mempertimbangkan sebarang tawaran di bawah 40 juta pound (RM191.8 juta) untuk membawa pergi penyerangnya, Luis Suarez.

Media Inggeris sebelum ini mengatakan gergasi Sepanyol, Real Madrid muncul sebagai calon utama selepas Arsenal dikatakan sudah mengalah untuk mendapatkan bintang Kop itu.

The Gunners, yang gagal dalam tawaran 30 juta pound (RM143.8 juta) mungkin akan kembali dengan tawaran lebih tinggi 35 juta pound (RM167.8 juta) namun mungkin akan mendapat tindak balas sama apabila The Reds dijangka tidak bersetuju dengan jumlah itu.

Wenger menjadikan penyerang Antarabangsa Uruguay, Suarez sebagai sasaran utamanya selepas perpindahan penyerang Madrid, Gonzalo Higuain dikatakan menemui jalan buntu.

Begitupun dengan tempoh kontrak Suarez bersama The Reds sehingga 2016, tiada tekanan untuk Liverpool menjual penyerang berusia 26 tahun itu sekalipun dia ingin berpindah. Dia bakal terlepas enam perlawanan musim baru untuk melengkapkan penggantungan perlawanan kerana menggigit pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic - Agensi


15.23 | 0 komentar | Read More

'Tingkat prestasi menuju Myanmar'

Kuala Lumpur: Persembahan memberangsangkan skuad Harimau Muda A di Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) Kazan, Russia disambut baik Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang mahu prestasi itu ditingkatkan menjelang Sukan SEA di Myanmar, Disember ini.

"Ia satu pendedahan yang baik buat skuad kendalian Ong Kim Swee. Pengalaman ini cukup berharga buat pemain muda negara dalam memastikan misi mempertahan ibu emas di Myanmar nanti.

"Untuk itu, pengurusan pasukan perlu pastikan persediaan sehingga Disember nanti mestilah betul supaya tidak ada pemain yang cedera atau tercicir.

"Beberapa faktor lain juga perlu dijadikan pengajaran seperti kad merah yang dikutip pemain pada awal saingan.

"Malaysia selalu begini, sukar mengawal diri di atas padang dan mengutip kad merah tanpa memikirkan diri dan pasukan.

Titik berat kecergasan

"Perkara sama berlaku di Sukan Asia Guangzhou apabila dua pemain dilayang kad merah ketika menentang China. Soal kecergasan juga perlu dititik berat, jangan sampai selepas satu perlawanan keletihan mula menjadi penghalang," katanya ketika dihubungi semalam.
Saranan Zolkples wajar diberi perhatian serius oleh Kim Swee yang perlu menyediakan skuad terbaik menjelang Sukan SEA bagi memastikan ibu emas temasya itu kekal dalam genggaman.

Kim Swee perlu mengumpul barisan pemain terbaiknya sebaik pulang dari Kazan dan mengekalkan skuad utamanya dalam tempoh tiga bulan terakhir sehingga saingan di Myanmar bermula.

Selain tonggak Harimau Muda, pemain muda dari kelab dan negeri juga perlu menjalani latihan intensif di bawah kendalian Kim Swee bagi menyesuaikan diri dengan corak dan rentak permainan diterapkan pengendali itu.


15.23 | 0 komentar | Read More

Jepun tetap geruni Malaysia

Meskipun catat kemenangan besar 4-0 ke atas Harimau Muda

Kazan: Meskipun mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Malaysia kelmarin, namun sebenarnya terselit rasa gentar pasukan Jepun terhadap pasukan bola sepak negara terutama terhadap dua pemain, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Syahrul Azwari Ibrahim.

Perkara itu dijelaskan ketua jurulatihnya, Yoshimura Masafumi selepas perlawanan namun lega kerana kedua-dua pemain itu tidak diturunkan akibat digantung perlawanan.

Wan Zaharulnizam digantung perlawanan kerana menerima kad merah ketika bertemu Great Britain manakala Syahrul Azwari ketika bertemu Itali.

Tempat kelima

"Nombor lapan (Wan Zaharulnizam) dan nombor 11 (Syahrul) tidak bermain... sedikit kecewa kerana mereka tidak bermain dan bagi saya jika kedua-duanya beraksi dalam perlawanan hari ini (kelmarin) sudah pasti saingan lebih sengit.

"Nombor tujuh (Mohd Irfan Fazail) juga bermain dengan sangat baik," katanya.
Malaysia dijadual bertemu Ireland yang tewas kepada Perancis menerusi penentuan penalti 3-4 selepas terikat seri 1-1 hari ini untuk penentuan tempat ke-5 hingga ke-8.

Ketua jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee berkata, sikap menghormati lawan memakan diri pemainnya sehingga pintu gawang mudah dibolosi dua gol awal.

"Dua gol pada enam minit pertama menjadikan kami lebih tertekan, pemain seperti terlalu menghormati lawan sehinggakan dibolosi dua gol mudah yang berpunca dari kesilapan dan hilang fokus di bahagian tengah," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger